275335574_7536565366368712_4507851979319262324_n
275335574_7536565366368712_4507851979319262324_n

UUM bersedia meraikan 4,053 bakal graduan

webadmin
11 Mar 2022 12:15pm
A
A
A

SINTOK - Graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tahun 2020 bakal mengenggam segulung ijazah dalam masa tiga hari sahaja lagi setelah menanti hampir dua tahun untuk menghadiri majlis konvokesyen yang tertunda akibat penularan pandemik Covid-19.

Seramai 4,053 graduan akan diraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-33 UUM yang kini dalam peringkat persediaan rapi bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.

Baca juga

UUM muncul juara Digital Financial Inclusion Challenge, bawa pulang wang tunai RM5,000

UiTM tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-93, jangka dilaksanakan pada Jun hingga Julai tahun ini

Naib Canselor UUM, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah telah turun padang meninjau persiapan Majlis Konvokesyen Ke-33 UUM yang akan berlangsung selama seminggu bermula 13 hingga 19 Mac ini di Dewan Mu’adzam Shah, UUM.

Poster Majlis Konvokesyen Ke-33 UUM yang akan diadakan di Dewan Mu’adzam Shah, UUM.

Beliau yang turun melihat persiapan seawal hari pertama raptai merakamkan rasa gembira dan bangga melihat kesungguhan semua warga UUM untuk menjayakan majlis bermakna itu.

"Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dan bersama-sama perhalusi perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan segala proses berjalan dengan baik dan lancar.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

"Saya berharap semua bakal graduan yang akan hadir ke dewan hebat ini termasuk petugas pada hari konvokesyen agar mematuhi SOP sebaiknya serta sama-sama membuktikan warga universiti ini memang peka dan patuh dengan arahan bagi mencegah penularan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman rasmi Facebook UUM.

Dalam pada itu, turut menjadi tumpuan ialah Anugerah Pelajaran Diraja dan Anugerah Pingat Emas Canselor yang akan diberikan kepada pelajar yang layak.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok