2 (4)
2 (4)

UUM dan MyPusaka jalin kerjasama, usaha penyebaran ilmu pusaka

Adlan Farhan AzwanAdlan Farhan Azwan
31 Jan 2022 05:15pm

SINTOK - Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Pusaka Kuds Sdn Bhd (MyPusaka) merupakan titik permulaan sebagai dakwah untuk menyebar ilmu berkaitan pusaka kepada masyarakat.

Naib Canselor UUM, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah berkata, dengan kepakaran dimiliki kedua pihak, beliau yakin UUM dan MyPusaka dapat memanfaatkan kerjasama itu dan meneroka peluang baru dalam aspek pusaka.

Menurut Haim Hilman, MoU antara UUM menerusi Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) dengan MyPusaka itu akan memfokuskan bukan sahaja dalam bidang penyelidikan, malahan penerbitan penulisan yang mana hasil kajian kelak akan membantu umat Islam khususnya untuk menguruskan harta pusaka dengan lebih sistematik dan adil, yakni akan berada di kedudukan lebih baik.

Baca juga UUM, IYRES jalin kerjasama, perkasa golongan belia

Baca juga UPSI, UUM tubuh kelab badminton

"Kerjasama ini menjadi satu platform dakwah kepada kedua pihak untuk menunjukkan betapa sistematik, adil dan tersusunnya Islam itu dalam pengurusan pusaka.

"Saya juga yakin ilmu yang dimiliki UUM dan MyPusaka dapat memperkukuhkan lagi agenda yang terdapat dalam MoU ini demi kebaikan ummah," katanya ketika Majlis Menandatangani MoU Antara UUM dengan MyPusaka di Balai Tamu, semalam.

Memorandum tersebut telah ditandatangani Naib Canselor, manakala MyPusaka oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MyPusaka, Kamarul Azman Mustapha Kamal.

Dalam pada itu, Haim Hilman meluahkan kemahuannya agar MoU yang dimeterai itu juga dapat dibawa ke tahap lebih jauh menerusi pelbagai program dan aktiviti penyelidikan termasuk kemasyarakatan yang akhirnya kerjasama tersebut akan menjadi satu lakaran sejarah kepada kedua pihak dan masyarakat umum.

Sementara itu, Kamarul berkata, dia teruja kerana MyPusaka berpeluang menjalinkan kerjasama strategik dengan UUM.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Menurutnya, pemeteraian itu bukan sahaja menjadi satu titik permulaan tetapi perjalanan yang akan membawa kepada satu hasil yang memanfaatkan MyPusaka dan UUM serta masyarakat.

Katanya, masalah pusaka merupakan masalah masyarakat terutamanya umat Islam yang masih kurang pendedahan tentang pengurusan harta pusaka itu.

"Bagi memberi pendedahan ini, MyPusaka telah menganjurkan ceramah di seluruh negara dan hasilnya, banyak kes-kes pusaka ini dapat diselesaikan. Apa yang penting adalah membuat perancangan.

"Kita mahu bangunkan insan-insan yang kaya tetapi beriman, budiman dan dermawan. Saya percaya MyPusaka akan memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu yang baik, seterusnya dapat memperkukuhkan ekonomi negara dan umat Islam," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp