224535511_368565411326843_6542216287080823667_n
224535511_368565411326843_6542216287080823667_n

[20 Gambar] Idea dekorasi ruang belajar di rumah. Bagaikan hasil pereka dalaman profesional! Terkejut

Roshlawaty Md Raieh
30 Jul 2021 05:02pm
A
A
A

Memiliki tempat belajar yang cantik, ringkas dan selesa merupakan impian semua pelajar.

Sama ada pelajar itu sekolah rendah, menengah mahupun institusi pengajian tinggi, semuanya pasti mahukan bilik belajar dihias dengan menarik supaya sesi pembelajaran secara dalam talian berjalan lancar.

Namun begitu, tidak ramai di antara kita yang mahu menghias ruang belajar tersebut. Jika ada pun, mungkin hanya ala kadar sahaja, janji anak-anak dapat mengikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dengan baik.

Cikgu Ayu dot My menerusi Facebooknya baru-baru ini berkongsi beberapa keping gambar berkaitan dekorasi ruang belajar pelajar di rumah masing-masing.

Dekorasi yang dihasilkan oleh ibu bapa dan juga pelajar itu cukup mengagumkan malah penulis yakin, sesiapa yang berada di bilik tersebut, pasti ‘tidak mahu keluar’ daripada tempat itu.

Justeru, GPSBestari kongsikan sebahagian koleksi ruang belajar luar biasa yang mungkin boleh dijadikan idea untuk ibu ayah mencipta bilik untuk anak-anak belajar.

Jom lihat gambar-gambar di bawah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan