note-thanun-CYlPykF-qAM-unsplash (1)
note-thanun-CYlPykF-qAM-unsplash (1)

10 sebab mengapa kanak-kanak Jepun adalah yang paling sihat di dunia? Ibu bapa perlu ambil tahu!

webadmin
10 Dec 2021 01:43pm
A
A
A

Isu kesihatan merupakan satu perkara yang sangat penting, tidak kiralah kesihatan mental atau fizikal, kedua-duanya perlu dijaga dengan rapi sejak kecil lagi.

Dalam menjaga kesihatan, pastinya ramai yang tahu pemakanan adalah antara perkara yang selalu memberi kesan kepada kesihatan seseorang. Pemakanan yang tidak sihat sememangnya akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Bak kata peribahasa Melayu, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa tahu makanan apa yang masuk dalam tubuh badan anak-anak, lihat apa yang dimakan, dan pastikan kurang atau tiada langsung ‘junkfood’ dalam diet pemakanan mereka.

Di bawah kami kongsikan sebuah perkongsian daripada seorang usahawan pemakanan, Ainini Zainal mengenai 10 rahsia kesihatan kanak-kanak di Jepun yang boleh ibu bapa di Malaysia ikut.

*****

Kanak-kanak negara manakah yang paling sihat di dunia? Jepun.
1. Kurang daripada 1 dalam 5 kanak-kanak di Jepun mengalami masalah berat badan berlebihan.

2. Ini sebahagian besarnya disebabkan hidangan makanan di sekolah yang sihat.

3. Di China pula sebaliknya. Walaupun semakin kurang kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan nutrisi, tetapi berlaku peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

4. Pemberian terlalu banyak makanan dan juga makanan yang tidak sepatutnya, kurangnya aktiviti fizikal antara faktor mengapa berlakunya 'obesity epidemic' dalam kalangan kanak-kanak.

5. Makanan harian Jepun sememangnya telah menjadi contoh makanan tersihat di dunia sejak dulu.
Makanan Jepun majoritinya berasaskan 'steam and simmer.'

6. Jika di Malaysia, sekolah hanya menyediakan makanan kepada murid-murid kurang berkemampuan. Di Jepun, ia berlainan.
School Lunch Program di Jepun adalah mandatori. Wajib.

7. Ada nutritionist khas yang menyediakan menu bagi murid-murid untuk memastikan mereka semua menerima keperluan khasiat mencukupi setiap hari.

8. Food preparation/serving adalah sebahagian kurikulum di sekolah-sekolah di Jepun.
Sebahagian masa dalam seharian kehidupan kanak-kanak Jepun diisi dengan rutin menyediakan dan menghidangkan makanan sihat bersama-sama di sekolah.
Such a great practice, kan?

9. Mereka tidak sediakan makanan terproses, dipanaskan semula atau versi segera yang biasa disediakan untuk kanak-kanak negara lain (termasuk Malaysia, kan?)
Healthy meals mereka disediakan berasaskan makanan segar tempatan. Ikan bakar, jagung rebus bersama sayur, sup sayur dan susu antara menu biasa di sana.

Sayur sayuran sama ada daripada local farmers atau kebun sayur sekolah. Ada tukang masak khas yang memasak semua menu sihat tersebut.

Kemudian, kids akan bersama-sama bantu dan sendukkan makanan ke dalam tray makanan rakan-rakan lain. Bertugas ikut giliran.

10. Makanan mereka mungkin bagi kita seperti TASTELESS. Tetapi tastebud kita yang sebenarnya sudah lama dibiasakan dengan pelbagai makanan tidak sihat, serbuk perasa itu ini dan pelbagai artificial ingredients dalam pelbagai makanan komersial.

Lihat kembali apa yang dijual di kantin-kantin sekolah pada anak-anak sejak dahulu?
Sekarang saya kurang pasti, tapi antara harapan saya adalah untuk lihat tiada satu pun junkfood, highly processed food dijual di sekolah. Tak dapat ikut cara Jepun pun tak apa, tapi at least, no junkfood, highly processed food at school.

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan