2500 mahasiswa dapat alQuran percuma sertai program sempurnakan bacaan surah al Fatihah 10 hari
2500 mahasiswa dapat alQuran percuma sertai program sempurnakan bacaan surah al Fatihah 10 hari

2,500 mahasiswa sempurnakan surah al-Fatihah 10 hari

Rasyidah Zulkifi
11 Apr 2022 06:36pm
A
A
A

SERDANG - Seramai 2,500 mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai program Tahsin al-Fatihah selama 10 hari, baru-baru ini.

Program tersebut merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dengan kerjasama Pusat Islam UPM dan Geng Ngaji Global.

Baca juga

Menjaga adab dengan al-Quran, guru dan pelajar boleh jadikan tip ini sebagai rujukan

Alumni bakal kibar bendera UPM di puncak Everest

Menurut Ketua BHEP UPM, Nuruliman Ibrahim, seramai 50 pelajar telah dimasukkan ke dalam satu kumpulan, menjadikan 50 kumpulan kesemuanya.

“Tujuan program ini adalah untuk memastikan bacaan ummul kitab, surah al-Fatihah dibaca dengan tajwid lebih sempurna selain meningkatkan kefahaman dan bacaan.

“Angka 50 dipilih kerana Tahsin al-Fatihah merupakan antara pelbagai program yang dirancang sempena dengan Sambutan 50 tahun Jubli Emas UPM,” katanya.

Beliau berkata program Tahsin al-Fatihah mendapat sambutan menggalakkan daripada penghuni kolej-kolej kediaman UPM yang menghantar banyak penyertaan.

Peserta yang berjaya menamatkan program masing-masing mendapat satu mashaf al-Quran bernilai RM50.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Peserta tersebut bakal menjayakan program tadarus al-Quran di bawah kendalian Geng Ngaji Global sepanjang bulan Ramadan.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan