Tripod grip
Tripod grip

Jenis pegangan pensel yang wajib guru dan ibu bapa ketahui, mohon jangan pandang mudah!

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
27 Nov 2021 05:21pm

Memegang pensel dalam kalangan kanak-kanak dan murid bagaikan perkara biasa yang sering kita lihat setiap hari.

Namun yang menjadi persoalannya, adakah cara memegang pensel itu betul atau tidak? Adakah ia menganggu proses pembelajaran mereka jika pegangan pensel itu salah.

Sinar Bestari berkongsi tiga jenis pegangan pensel yang perlu guru dan ibu bapa peka terhadap murid dan anak masing-masing.

Panduan yang dipetik menerusi Facebook Mahfuzah Zainol itu membantu kita mengenal pasti bagaimana anak-anak memegang pensel dan seterusnya memikirkan alternatif terbaik jika ada kesilapan berkaitan perkara tersebut.

Mari ikuti tip penting di bawah ini.

1) Jenis berfungsi

Untuk pegangan jenis berfungsi ini ada dua cara iaitu tripod grip (tiga jari) dan quadrupod grip (empat jari). Kedua-dua cara ini adalah efektif dan paling baik untuk kanak-kanak dan juga murid. Tidak akan letih menulis, lebih efisien, pantas, dinamik dan mantap.

Pegangan pensel cara tripod grip.

2) Jenis tidak efektif

Jenis tidak efektif ini ada banyak dan pelbagai. Contohnya pegang pensel lima jari yang dikenali sebagai five finger grip. Biasanya, pegangan jenis ini adalah dalam kalangan kanak-kanak Autism. Kemudian, ada cara thumb tuck grip dan finger wrap grip iaitu pegangan jenis selalunya oleh murid Down Syndrome.

Cara begini, mereka akan cepat letih ketika menulis, tekanan pensel pun sangat kuat dan berisiko tinggi untuk ketinggalan dalam kelas sebab cikgu dan kawan-kawan laju menulis. Bila dia rasa ketinggalan, dia akan putus asa dan kecewa serta mula benci aktiviti menulis atau menyalin. Sebab itu penting untuk kita cadangkan pegangan pensel yang betul sejak awal lagi...regardless dia ada diagnosis apa, tidak kiralah Autism, ADHD, Down Syndrome atau Cerebral Palsy. Bagi murid tipikal pun kadang kita lihat mereka pegang cara yang tidak efektif. Cikgu dan ibu bapa kena peka dan bantu mereka.

Quadrupod grip.

Satu lagi cara tak efektif ialah flexed wrist di mana pegangan jenis ini biasa dilihat dalam kalangan kanak-kanak Cerebral Palsy. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak Cerebral Palsy sememangnya mempunyai masalah muscle tone. Apabila mereka kena menulis, pegangan pensel akan jadi macam itu, tidak efektif.

Saya suka mencadangkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini diberi kelonggaran menggunakan komputer untuk aktiviti melibatkan tulisan tangan. Tidak perlu dipaksa sebab mereka memang ada masalah muscle tone (mostly high tone).

Pronated grip.

3) Jenis tidak matang

Jenis ini yang paling teruk dalam sejarah perkembangan kemahiran tulisan tangan. Kalau kita tengok ada murid masih pegang pensel sebegini, itu petunjuk penting bahawa dia perlukan banyak aktiviti handwriting readiness. Jenis ini macam bayi baru pegang pensel. Sekitar umur 1hingga 3 tahun.

Satu lagi cara yang tidak matang ialah pronated grip. Kanak-kanak Cerebral Palsy pun ada yang pegang macam ini, tapi kita sedia maklum masalah high tone muscle dia, tidak perlu dipaksa. Kita guna sahaja alternatif tekan keyboard untuk dia.

Jadi, dalam dunia pendidikan, guru perlu bijak merancang dan memberikan alternatif terbaik kepada Murid Berkeperluan Khas. Tidak semua intervensi kita boleh beri secara fixed. Kita give and take. Itu menunjukkan kebijaksanaan anda sebagai guru dan juga ahli terapi dalam menangani masalah pegangan pensel mereka.

Cara palmar grip atau fisted grip.

Dalam dunia tanpa sempadan ini, kemahiran menaip atau keyboarding skills juga merupakan kemahiran yang sama penting untuk kanak-kanak dan murid.

Sumber: Facebook Mahfuzah Zainol

Artikel berkaitan 

3 kaedah memujuk murid yang boleh cikgu cuba, diakui sangat mudah dilakukan!

Murid masih sukar untuk menulis? Pakar pendidikan khas kongsi 5 persediaan bagi mengajar kemahiran tulisan tangan

‘Parenting Talk’ SEBARU bantu ibu bapa didik dan kendali anak-anak istimewa


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan