Untitled design
Untitled design

3 perkara penting untuk jalankan kelas dalam talian lancar. Guru-guru mohon hadam

Roshlawaty Md Raieh
15 Jun 2021 02:27pm
A
A
A

Menjalankan kelas dalam talian sememangnya memberikan banyak cabaran terutamanya kepada semua cikgu.

Namun begitu, cabaran tersebut boleh diatasi sekiranya guru-guru menitikberatkan tiga perkara penting ini.

Tutor Fizik SPM Sepenuh masa, Cikgu Ajwad Ghali berkata, tiga perkara tersebut merangkumi bahan, alatan dan sistem.

"Saya yakin, kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) akan berjalan dengan baik sekiranya semua aspek penting ini ada," katanya kepada GPSBestari.

Ikuti perkongsian Cikgu Ajwad berkaitan perkara yang perlu ada sepanjang menjalankan kelas online.

1) Bahan atau isi kandungan (content) yang nak disampaikan

Kadang-kadang orang panggil modul. Pernah dengar “Content is the king, tools is the Queen”.

Membezakan kelas kita, modul kita adalah kandungan. Bahan yang baik akan membina kepercayaan berpanjangan.

Rancang bahan dengan baik.

Setiap content itu ambil masa berapa lama? Berapa kelas ia boleh dihabiskan? Bagaimana ia hendak disampaikan?

2) Alatan / Tools

Melabur dalam alatan atau peralatan yang baik itu penting. Tetapi boleh sahaja mula dengan alatan yang ada, kemudian kita tambah baik.

Ada rakan saya yang gunakan telefon sahaja untuk mengajar. Tapi nota dan bahannya, masya-Allah sangat cantik tersusun dan baik!

Alatan sepatutnya bukan penghalang untuk jalankan kelas dalam talian. Rakan saya ini dah buktikan, hanya ada capaian internet yang baik dan telefon pintar sudah cukup. Dengan bahan yang mantap ramai sertai kelas beliau.

3) Sistem

Bila terlalu ramai yang sertai kelas kita, kita akan ada lambakan maklumat. Maklumat pelajar, nama sekolah, pencapaian mereka, tahap penguasaan dan sebagainya.

Maklumat-maklumat ini penting untuk disusun sebagai data.

Data ini membolehkan kita lebih kenal siapa audien kita, dari mana datang? Dari mana mereka kenal kita?

Sistem juga memudahkan kita track rekod bayaran, penghantaran dan download bahan.

Menyusun data yang banyak secara manual amat memenatkan. Tu belum lagi nak melayan pelbagai kerenah ketika pendaftaran.

Sumber: Facebook Ajwad Ghali

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan