pexels-photo-9183795
pexels-photo-9183795

4 fasa mendidik anak-anak gaya Rasulullah SAW

Roshlawaty Md Raieh
14 Nov 2021 12:12am
A
A
A

Bukan mudah mendidik anak-anak, baik lelaki mahupun perempuan, semuanya ada cabaran yang tersendiri.

Namun, sebagai ibu bapa kita perlu memahami sikap anak-anak dan tahu apa yang terbaik buat mereka.

Laman Facebook Aminah Mat Yusoff baru-baru ini ada memuat naik perkongsian mengenai fasa mendidik anak-anak gaya Rasulullah SAW.

Beliau yang merupakan seorang Guru Cemerlang menyenaraikan empat perkara yang boleh dicontohi mak ayah.

“Empat fasa yang saya maksudkan ialah fasa kasih sayang; fasa disiplin dan tanggungjawab; fasa berkawan dan fasa kepercayaan dan kebebasan,” ujarnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fasa yang dimaksudkan itu, mari hadam tulisan Ustazah Aminah ini untuk panduan ibu bapa di luar sana.

Semoga bermanfaat.

*****

Hebatnya empat fasa mendidik anak-anak gaya Rasulullah SAW

Mudah tapi sarat dengan ilmu

1) Fasa kasih sayang

Umur anak 0 hingga 6 tahun merupakan fasa yang penuh dengan kasih sayang, bunga-bunga cinta, semuanya nampak manis, menggunakan panggilan yang membentuk peribadi.

Ibu ayah juga boleh mendorong mereka untuk menjadi lebih beradab dengan menggunakan bahasa yang sopan, banyak mengungkapkan kata yang baik dan menyejukkan hati serta mengajarkan mereka sifat ihsan.

Dilarang menengking, merotan atau memarahi anak diusia ini kerana ia seperti ukiran pada batu. Lekuknya sukar hilang, jiwa luka dibawa sehingga dewasa yang akhirnya menjadikan mereka seorang yang kasar dan penuh emosi negatif.

Gambar hiasan daripada Pexels.

2) Fasa disiplin dan tanggungjawab

Umur anak-anak 7 hingga 14 tahun. Peringkat umur begini anak-anak sudah bersedia menerima peraturan dalam hidup mereka. Jiwa yang dipenuhi dengan kasih sayang akan senang dibentuk dan lebih mendengar arahan.

Rasulullah SAW menyuruh ibu ayah;

Perintahkan anak dirikan solat dan asingkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan.

Ibu ayah boleh melakukan penegasan jika anak-anak tidak memenuhi tuntutan dengan memukul sebagai pengajaran. Perlu diingat, pukulan itu tidak bermaksud menyakitkan tapi sebagai proses mendidik dan mengingatkan.

Cantik sangat Rasulullah SAW menyusun proses pendidikan dalam kehidupan manusia.

Jelas, perkara yang paling ditekankan ialah adab, agar adab ini berkembang melitupi setiap tindakan. Tinggi perasaan hormatnya pada orang lain.

3) Fasa berkawan

Umur anak-anak 15 hingga 21 tahun. Ramai ibu ayah yang mengakui bahawa fasa ini merupakan paling mencabar kerana anak-anak kuat memberontak dan cuba mempertahankan kemahuannya.

Anak-anak yang mampu meluahkan segala masalah dan bebanan jiwa mereka pada ibu ayah akan dapat mengawal emosi dengan baik.

Anggap anak-anak seperti kawan. Berkongsi kesukaan, kesedihan, kepenatan menuntut ilmu, ketakutan ketika menghadapi ujian dan sama-sama mendorong saat patah hati.

Gambar hiasan daripada Pexels.

4) Fasa kepercayaan dan kebebasan

Ketika berumur 21 tahun, anak sudah mampu membuat keputusan sendiri. Ibu ayah serahkan sepenuhnya kepada ALLAH, tidak perlu risau atau rasa was was terhadap setiap tindak tanduk mereka.

Demi ALLAH dengan didikan yang betul dari awal akan membuatkan anak-anak membesar sebagai individu yang seimbang dan bijaksana.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Biarlah mereka lebarkan sayap dan terbang tinggi dengan hidayah dan petunjuk ALLAH.

Artikel berkaitan

9 aktiviti berkumpulan yang boleh guru dan pelajar cuba sepanjang kelas bersemuka dan PdPR. Mudah dan sangat menarik! 

Pakar Sejarah Tokoh Terbilang, Prof Datuk Dr Ramlah Adam sifatkan mata pelajaran Sejarah menarik untuk dipelajari

10 petua menjadi pemidato hebat, ini perkongsian Ikon Pemidato Malaysia


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan