portal-tip2
portal-tip2

4 garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah

Mariatul Qatiah Zakaria
01 Nov 2021 05:13pm
A
A
A

Pembukaan semula sekolah untuk pembelajaran bersemuka di seluruh negara mulai 3 Oktober lalu selepas ia ditutup bagi tempoh yang agak lama akan dibuat secara berperingkat mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Keputusan ini diambil sebagai langkah persediaan untuk memastikan pelajar-pelajar dapat kembali menikmati kehidupan bersekolah.

Tidak dinafikan, walaupun angka jangkitan Covid-19 sehingga hari ini telah mencatatkan penurunan namun terdapat juga segelintir ibu bapa yang risau untuk ‘melepaskan’ anak masing-masing menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka, terutamanya kanak-kanak prasekolah.

Begitupun ibu bapa seharusnya bimbang akan tahap kesihatan mental dan emosi anak-anak mereka kerana pembukaan semula sekolah ini dilihat mampu membantu perkembangan sosioemosi murid dalam mengadaptasi diri dengan persekitaran pendidikan sebenar.

Jika terlalu lama sekolah tidak dibuka dan murid meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), ia akan memberi kesan kepada minat dan fokus mereka terhadap aktiviti pembelajaran kerana kaedah PdPR ini terhad.

Untuk itu, ibu bapa disarankan membuat persediaan rapi dan adalah lebih baik sekiranya ibu bapa berganding bahu bersama-sama pihak sekolah, guru-guru dan kerajaan bagi memudahkan dan melancarkan lagi sesi persekolahan secara bersemuka ini.

Hari ini GPSBestari menyenaraikan garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan mengenai pembabitan ibu bapa atau penjaga dan pengurusan asrama.

  1. Ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi membantu pihak sekolah.
  2. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan jangkitan Covid-19

  • Memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan penjarakan sosial sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan.
  • Menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling.

  • Menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan.
  • Menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang menghantar dan mengambil anak/anak jagaan.
  • Menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin.

  • Memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah.
  • Menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi makanan dan minuman dengan murid lain.
  • Menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah dengan kerap membasuh tangan dan mandi.

  1. Membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan sosial dan mengawal pergerakan murid semasa datang, rehat dan balik serta mengikut keperluan pihak sekolah.

4. Membantu pihak sekolah menyediakan cecair sanitasi tangan (hand sanitizer) dan alat pengimbas suhu badan untuk kegunaan pihak sekolah (jika mampu dan berkeperluan).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan