cuci-habuk
cuci-habuk

4 tip penjagaan komputer untuk jangka hayat yang lama

Mohd Khairi Mohamad Yusri
19 Jul 2021 11:31pm
A
A
A

Dengan mod pembelajaran yang dilakukan secara dalam talian, pastinya hampir semua pelajar kini telah pun mempunyai gajet peribadi.

Sudah pastinya kita semua ingin peranti-peranti tersebut mampu untuk bertahan untuk jangka hayat yang panjang, jika boleh biarlah bertahan sampai belajar di universiti nanti.

Oleh itu, penting untuk mengetahui cara penjagaan peranti agar jangka hayatnya panjang.

Apabila menyebut tentang penjagaan peranti, ramai orang merasakan dengan mengemas kini dan melakukan imbasan antivirus adalah sudah mencukupi. Namun sebenarnya ia lebih daripada itu, kerana penjagaan luaran komputer juga perlu dititikberatkan.

Oleh itu, penting untuk mengetahui cara untuk menjaga komputer anda agar semua yang ada di dalam dan di luar komputer boleh beroperasi dengan baik dan lancar.

Jadi GPSBestari berkongsi beberapa tip bagi membantu komputer anda dapat beroperasi dengan lebih lama.

1.Bersihkan debu di komputer secara berkala

Pastikan anda melakukannya sebulan sekali, anda perlu membersihkan bahagian luar komputer anda.

Dengan memastikan komputer bersih daripada habuk dan debu dari luar, ia akan membuatkan perkasasan di dalam komputer berjalan dengan lancar.

Untuk pengguna komputer jenis desktop, perkara pertama yang perlu dilakukan hanyalah dengan mematikan komputer. Kemudian,anda boleh menggunakan semburan udara (air blower) untuk membuang habuk di bahagian dalam casing, papan kekunci dan juga pad tetikus. Akhirnya, gunakan kain microfiber untuk lap monitor, skrin dan casing yang lain

gambar hiasan

Untuk pengguna komputer riba pula, matikan dan kemudian pastikan plug laptop tersebut sudah dicabut serta tanggalkan bateri sekiranya boleh. Kemudian gunakan semburan udara (air blower) untuk mengeluarkan habuk sekitar papan kunci dan juga di port. Akhir sekali, gunakan kain microfiber untuk membersihkan casing dan skrin.

2.Jangan makan dan minum ketika menggunakan komputer

Terutama sekali air, kerana walau hanya satu tumpahan sahaja di atas komputer, anda mungkin perlu mengucapkan selamat tinggal untuk selama-lamanya.

Sekiranya anda perlu makan atau minum berhampiran dengan komputer, pastikan tempat meletak makanan tersebut terletak jauh daripada komputer dan jangan minum ketika sedang menggunakan komputer.

3. Lakukan servis

Kira-kira setiap enam bulan, pastikan anda membuka perkakasan komputer untuk membersihkan semua habuk.

gambar hiasan

Ini kerana tidak kira bertapa kerap anda membersih anda menjaga bahagian luar komputer, debu tetap akan masuk ke bahagian dalam dan boleh menyebabkan perkakasan menjadi rosak. Akibatnya suhu menjadi panas akibat tidak mendapatkan pengudaraan yang secukupnya.

Anda boleh menghantar ke kedai dan biarkan mereka yang berpengalaman untuk melakukan servis ini untuk anda.

4. Lakukan pembersihan bulanan bagi aplikasi

Sebulan sekali anda perlu melakukan pembersihan, susun semula fail dan buang sahaja fail yang lama serta tidak digunakan lagi.

Ataupun anda boleh juga memindahkan fail-fail tersebut ke cakera keras luaran (external hard disk) atau awan (cloud) untuk disimpan dengan selamat jika anda tidak mahu membuangnya.

Jalankan imbasan pada program antivirus dan anti-malware untuk melihat apakah ada sebarang perkara yang mencurigakan di komputer anda. Kemudian, pastikan juga komputer anda mendapat kemas kini atau perisian daripada laman web yang sah atau yang dipercayai.

Pastikan anda terus menjaga komputer anda dengan baik, kerana dengan penjagaan komputer secara total akan membuatkan komputer tersebut dapat berfungsi untuk jangka masa yang panjang.

Sumber: computersbn

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan