daiga-ellaby-JZ51o_-UOY8-unsplash (1)
daiga-ellaby-JZ51o_-UOY8-unsplash (1)

5 cara boleh buat ibu bapa tidak stres, anak pun seronok belajar

Mohd Khairi Mohamad YusriMohd Khairi Mohamad Yusri
06 Sep 2021 01:18pm

Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak-anak yang cerdik dan soleh, yang sentiasa mendengar arahan dan sebagainya.

Namun ia bukanlah sesuatu yang boleh dapat dengan serta merta. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak sejak dari kecil lagi.

Rasulullah SAW bersabda: “Anak itu ibarat seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya…”

Oleh itu menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak menjadi seorang manusia yang bertanggung jawab. Oleh itu, GPSBestari hari ini ingin berkongsi lima tip mendidik anak hasil perkongsian dari portal Brightside ini.

1. Tetapkan had
Jangan penuhi setiap kemahuan anak anda kerana jika semua kehendak dipenuhi, mereka mungkin menjadi tidak hormat kepada ibu bapa.

Perbuatan yang memberikan segalanya hanya akan membuatkan mereka rasa seperti buat apa sahaja dan semuanya akan dibenarkan oleh ibu bapa.

2. Benarkan sedikit kebebasan
Ibu bapa mungkin menganggap anak-anak adalah terlalu muda untuk mengetahui apa yang baik, oleh itu ramai ibu bapa cuba membuat keputusan bagi setiap tindakan anak mereka.

Ya, mungkin anak ini masih lagi mentah untuk membuat keputusan tapi jika terus hidup dengan terlalu banyak pantang larang, akhirnya mereka mungkin akan memberontak.

3. Konsisten
Kita semua adalah manusia, jadi mod kita juga tidak menentu. Kadang-kadang baik, kadang-kadang tidak. Mungkin oleh sebab itu ada sesetengah ibu bapa cuba untuk mengubah corak didikan bergantung kepada emosi anak.

Tapi, sebenarnya perbuatan ini hanya akan membingungkan anak anda. Sebagai contoh, “Semalam boleh tengok TV sampai jam 12, tapi hari ini tidak boleh pula, kenapa?!” mungkin itu akan menjadi persoalan di dalam diri mereka.

Ibu bapa seharusnya menjadi teladan bagi anak-anak. Jika arahan dan peraturan sentiasa berubah dan tidak pernah sama? Mungkin sebabnya adalah bagus, tapi adakah kanak-kanak kecil mampu memahami perkara tersebut?


4. Buat perkara yang biasa dibuat
Mungkin hari ini anak anda tidak bersekolah kerana ada cuti khas, jadi mungkin ada yang membiarkan anak-anak buat apa sahaja dengan alasan hari itu adalah hari cuti.

Bagi orang dewasa, ia mungkin baik, dapat beristirahat melepaskan stres di tempat kerja. Tapi bagi kanak-kanak, perkara tersebut membuatkan mereka menjadi bosan dan cuba buat apa sahaja untuk mengisi kebosanan tersebut, termasuklah membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Oleh itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti anak, atau buatkan sediakan aktiviti yang berfaedah untuk mereka pada waktu tersebut.


5. Hadkan waktu TV dan komputer
Setiap kanak-kanak pastinya suka menonton kartun dan bermain komputer. Selalunya mereka menghabiskan terlalu banyak masa untuk perkara tersebut.

Perkara ini sebenarnya tidaklah terlalu bagus kerana boleh membuatkan masa untuk belajar semakin terhad. Apabila sudah ketagih dengan permainan video, mereka selalunya akan mencari jalan untuk menghabiskan lebih banyak masa untuk bermain.
Selepas itu, apabila ibu bapa mula menghalang daripada bermain, ia akan membuatkan mereka memberontak. Oleh itu, kawal masa penggunaan komputer dan menonton anak anda.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa dalam membesarkan anak-anak

Sumber: Brightside

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan