6880142E-8729-42A6-B47B-13721C91B3B8
6880142E-8729-42A6-B47B-13721C91B3B8

5 tip beli seragam sekolah berkualiti, 4 kedai ini ibu bapa wajib pergi

Rasyidah Zulkifi
11 Mar 2022 05:46pm
A
A
A

Lebih kurang seminggu sahaja lagi murid sekolah akan menjalani sesi persekolahan secara bersemuka bagi penggal baharu.

Pasti ramai ibu bapa yang tercari-cari baju, seluar, stoking dan kasut sekolah anak mereka kerana sudah lama cuti.

Bagi yang tidak menjumpainya, sudah tentu mereka akan mengambil jalan mudah iaitu dengan membeli baru.

Baca juga

Rujukan bagi para guru baru, etika pemakaian ketika di sekolah

Tudung pelajar sekolah bawa maksud tertentu, ibu bapa perlu tahu

Namun, masih ramai yang tidak tahu cara membeli barang sekolah dengan bijak dan kedai mana yang mereka patut jejakkan kaki ke sana.

Pada entri kali ini, Sinar Bestari ingin berkongsi kepada pembaca mengenai lima tip memilih seragam sekolah yang berkualiti dan senarai empat kedai yang ibu bapa wajib pergi.

Ketika membeli keperluan sekolah anak-anak, lima tip ini boleh bantu ibu bapa membuat pilihan bijak.

#1 Pilih kedai yang menjual semua kelengkapan

Elakkan daripada membeli pakaian sekolah di banyak kedai kerana ini boleh menyebabkan ibu bapa membeli barang yang bukan keperluan, jadi, fokus satu kedai.

Namun begitu, tidak dinafikan ini memang menjadi kelaziman yang mereka lakukan jadi berhenti meneruskan tabiat tersebut.

Cadangan, di zaman dunia yang serba maju, ibu bapa boleh mendapat akses internet, jadi, lebih baik baca ulasan pembeli di media sosial terlebih dahulu.

Dari situ, ibu bapa boleh membuat keputusan untuk memilih kedai yang terbaik dan menjual hampir sempurna kelengkapan, baru jejakkan kaki ke sana.

Tip ini memakan waktu singkat sahaja, jadi, buang alasan tiada masa hendak membuat perbandingan kedai.

#2 Buat ‘check-list’ sebelum membeli

Setelah mengenal pasti kedai mana yang ibu bapa ingin pergi, maka, anda perlu siapkan ‘check-list’ atau senarai semak pakaian sekolah yang perlu dibeli.

Tip ini penting bagi mengelakkan ibu bapa dari terlupa membeli barangan sekolah yang wajib dibeli seperti set pakaian seragam.

Umumnya, senarai semak ini boleh dibuat dengan tulisan tangan atau menaip dalam telefon pintar.

‘Check-list’ akan memudahkan ibu bapa membeli kelengkapan sekolah dengan cepat dan tepat.

#3. Beli barangan yang ada promosi

Pastikan seragam sekolah yang ibu bapa hendak beli itu ada promosi kerana kebiasaan musim cuti penggal, pihak kedai akan membuat strategi pemasaran yang bermacam-macam.

Contohnya, beli kelengkapan sekolah melebihi RM100, ibu bapa berpeluang mendapat percuma sepasang kasut sekolah.

Pembelian seperti ini di satu kedai yang terpilih, bukan sahaja menguntungkan penjual, malah, pembeli juga mendapat ganjaran daripada pihak kedai.

#4. Bayaran secara ‘cashless’

Sejak negara dilanda wabak Covid-19, alternatif bayaran ‘cashless’ atau tanpa tunai dengan menggunakan kad debit atau kredit merupakan langkah terbaik bagi mencegah penularan.

Di mana-mana sahaja kita boleh nampak, kedai kini menawarkan perkhidmatan berbentuk digital bagi memudahkan urusan transaksi.

‘Cashless’ juga boleh dibuat melalui imbasan kod QR di peranti canggih seperti telefon pintar. Contoh aplikasi yang menawarkan servis ini termasuk Maybank, Boost dan lain-lain.

Bayaran tanpa tunai juga menawarkan ‘cashback’ iaitu pulangan tunai dan diskaun dimana ibu bapa masih menikmati keuntungan ketika berbelanja pakaian sekolah anak-anak.

#5. Pilih yang murah dan berkualiti

Tip yang terakhir adalah ibu bapa perlu bijak memilih seragam sekolah yang benar-benar berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Sememangnya, masih ada pakaian sekolah yang menawarkan harga mampu milik seperti jenama Canggih, Johnny and Jenny, Disiplin dan No Problem.

Jenama ini bukan sahaja mendapat sambutan umum, kualitinya juga tinggi dan boleh dipakai dalam jangka masa lama.

Senarai empat kedai yang ibu bapa wajib pergi adalah;

#1. Hari-hari

Kredit foto: Sinar Harian

Pasaraya ini merupakan pusat pakaian yang mempunyai lebih 85 cawangan di seluruh Malaysia.

Hari-hari terdapat di 14 buah negeri meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak, jadi ibu bapa boleh membeli pakaian di kedai terkenal ini.

#2. Mydin

Kredit foto: Sinar Harian

Gedung beli-belah Mydin juga sering menawarkan harga berpatutan bagi pakaian sekolah dan kelengkapan yang lain.

Mydin terdapat di 14 buah negeri meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

#3. Sakan

Kredit foto: Sinar Harian

“Ingat MURAH, Ingat SAKAN” menawarkan kelengkapan sekolah yang berkualiti pada harga yang rendah dan pastinya mampu dimiliki semua.

Kedai ini juga menawarkan baucar bagi pelajar asnaf dan keluarga B40 ketika musim buka sekolah.

Inisiatif ini dibuat hasil kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

#4. Pasarayaku

Bagi penduduk di sekitar Selangor, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, anda boleh pergi ke Pasarayaku.

Kedai baju ini menawarkan pelbagai pilihan baju sekolah yang mengikut standard digariskan Kementerian Pelajaran (KPM).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan