pexels-markus-winkler-2862154
pexels-markus-winkler-2862154

5 tip kekal cergas di rumah

webadmin
11 Aug 2021 04:50pm
A
A
A

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pelbagai aktiviti harian tidak dapat dilakukan. Ini untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.

Keadaan ini menuntut masyarakat mengamalkan norma baharu yang menyebabkan ramai kurang bergerak cergas kerana berada di dalam rumah.

Bagaimanapun ini bukanlah alasan untuk tidak bersenam kerana pergerakan ringan penting bagi meningkatkan daya tahan tubuh.

Untuk itu, jurulatih kecergasan, NANA AL-HALEQ berkongsi lima tip untuk kekal cergas walaupun berada di rumah.

Gambar hiasan daripada Pexels.

1) Tidur secukupnya

Tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan. Tidur yang mencukupi dan berkualiti dapat membantu melindungi kesihatan mental, fizikal, kualiti hidup dan sistem imunisasi badan. Kurang tidur yang berterusan boleh meningkatkan risiko beberapa masalah kesihatan kronik seperti obesiti, darah tinggi, sakit jantung, sakit buah pinggang, strok dan tekanan. Ia juga boleh mempengaruhi pemikiran anda, tindak balas, pekerjaan, belajar dan pergaulan.

Gambar hiasan daripada Pexels.

2) Makanan seimbang

Makanan seimbang yang kaya dengan gizi, mineral dan vitamin sangat penting untuk memastikan badan kita mendapat nutrisi yang diperlukan. Kurangkan membeli makanan di luar sebaiknya, sediakan dan masak makanan di rumah agar kita tahu apa yang kita makan.

Gambar hiasan daripada Pexels.

3) Ambil vitamin sekiranya tidak mendapat nutrisi

Sekiranya banyak mengambil makanan yang dibungkus dan kurang mendapat zat daripada sumber makanan asli, tambahkan dengan vitamin dan mineral yang badan perlukan. Berjumpalah doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai vitamin yang diperlukan oleh badan. Lain orang lain keperluannya, jadi ini sangat penting.

Gambar hiasan daripada Pexels.

4) Lakukan senaman ringan

Kekangan ruang atau kebanyakan aktiviti di rumah biasanya dilakukan dalam keadaan duduk dan membongkok. Jadikan senaman regangan sebagai satu aktiviti harian. Bukan sahaja boleh membantu meningkatkan peredaran darah, ia juga boleh memperbaiki serta membaik pulih postur kita. Badan akan rasa lebih segar dan kurang stres.

Gambar hiasan daripada Pexels.

5) Minum air secukupnya

Pengambilan air yang mencukupi amat penting untuk memastikan badan kita sihat. Kekurangan air boleh menyebabkan suhu badan meningkat, rasa tidak sedap badan, sakit kepala dan ‘brain fog’. Jumlah air yang diperlukan juga berbeza bagi setiap individu. Minumlah air secukupnya untuk mengelakkan badan daripada dehidrasi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan