Untitled design
Untitled design

7 gelaran profesional untuk rujukan guru dan pelajar

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
17 Jan 2023 02:58pm

JIKA anda berurusan dengan golongan profesional, sudah pasti akan melihat gelaran seperti Ir, Ar dan Sr di hadapan nama sebenar mereka.

Gelaran tersebut bukanlah sengaja diletakkan sebaliknya ia membawa maksud gelaran profesional individu berkenaan.

Ia bukanlah satu perkara mudah untuk mendapatkan gelaran itu. Hanya orang yang pakar dalam bidang tertentu dan mendapat kelulusan sahaja dapat memegang gelaran ini.

Di sini, Sinar Bestari senaraikan tujuh gelaran profesional yang mungkin ramai tidak sedar akan kewujudannya.

Jom tengok!

1) Professional Engineer (Ir)

Gelaran Ir membawa maksud Jurutera Profesional. Untuk mendapatkan gelaran Ir ini anda perlu menamatkan pengajian, mendaftar sebagai jurutera, peroleh tiga tahun pengalaman dan lulus dalam peperiksaan yang membuktikan anda telah mendapat kepakaran secukupnya.

Anda mestilah berdaftar sebagai Graduate Engineer dengan Board of Engineer Malaysia (BEM) seterusnya lulus dengan cemerlang dalam latihan yang ditentukan BEM. Ir juga perlu melepasi ujian Professional Assessment Examination (PAE) dan terpilih sebagai Corporate Member of the Institution of Engineers Malaysia (IEM).

2) Professional Architect (Ar)

Untuk mendapatkan gelaran ini, individu mestilah berdaftar dengan Board of Architect Malaysia atau Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Permohonan untuk lembaga ini mestilah daripada pemohon yang berdaftar dengan Graduate Architect dan pernah mempunyai pengalaman praktikal seperti yang dinyatakan oleh LAM.

3) Professional Surveyor (Sr)

Seorang Sr perlu memiliki pemahaman dan pengetahuan yang hebat dalam Matematik dan tahu menggunakan beberapa alatan kursus. Kebanyakan projek yang dikendalikan memerlukan banyak latihan fizikal dan kemahiran visual yang sangat baik.

Untuk mendapatkan gelaran Sr, anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya ijazah dalam surveying (tinjauan) atau civil engineering. Lesen Professional Land Surveying juga diperlukan untuk gelaran ini.

4) Professional Technologist (Ts)

Ts adalah gelaran Teknologis Profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Ia tertakluk di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2016 (Akta 768). Gelaran ini merupakan salah satu mekanisme pengiktirafan kepada teknologis dan juga juruteknik negara.

Untuk mendapatkan gelaran Ts, anda perlu menamatkan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf LAM dan mendaftar sebagai Teknologis Berijazah.

5) Professional Geologist (PGeol)

Seorang PGeol adalah seorang ahli geogologi siswazah berdaftar dan ahli geologi asing yang berdaftar menurut seksyen 20 dan 22 Akta Ahli Geoglogi 2008.

Sebelum mendapatkan gelaran ini, individu perlulah menjalani pengajian di Institute of Geology Malaysia (IGM) dan lulus peperiksaan profesional.

6) Professional Landscape Architect (LAr)

Bagi mendapatkan gelaran LAr, individu mestilah berdaftar dan mengikuti pengajian di Institute of Landscape Architects Malaysia dan lulus dengan jayanya. Antara contoh individu yang mendapat gelaran LAr ialah LAr Dr Nor Atiah Ismail.

7) Professional Town Planner (TPr)

Mereka yang memegang gelaran TPr sentiasa dijunjung tinggi martabat, kedudukan dan reputasi profesionnya. Seorang TPr memainkan peranan besar dalam mengingatkan kliennya mengenai kewajipan dan hak pelanggan serta melaksanakan tugas kepada pelanggannya dengan setia.

Seorang TPr perlu mengambil semua langkah yang patut untuk mengekalkan kecekapan profesional yang tinggi sepanjang bekerja.

Untuk mendapatkan gelaran ini anda mestilah lulus pengajian di Malaysian Institute of Planners dengan kelayakan tertentu.

Artikel berkaitan 

Sering berdepan ketakutan ketika berucap, berikut 14 persediaan yang wajib pelajar hadam!

5 tip untuk pemula dalam kerjaya 'voice over'

3 tip utama penghasilan resume


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan