elisa-ventur-bmJAXAz6ads-unsplash (1)
elisa-ventur-bmJAXAz6ads-unsplash (1)

7 tip kesihatan semasa menggunakan komputer yang perlu guru dan pelajar tahu

Mohd Khairi Mohamad YusriMohd Khairi Mohamad Yusri
01 Oct 2021 10:37am

Tahukah anda, penggunaan komputer yang melebihi satu jam tanpa rehat akan memberikan banyak kesan negatif kepada kesihatan kita.

Terutamanya jika kita selalu menekan menekan papan kekunci degnan kuat secara berlebihan akan menyebabkan kerosakan pada bahagian tendon iaitu bahagian urat yang menyambungkan isi dengan tulang, saraf dan tisu.

Jika sepanjang tempoh menggunakan komputer, teras simptom seperti kebas tangan, lenguh jari dan kepenatan,ianya merupakan petanda bahawa mungkin anda telah mengalami penyakit berkaitan komputer yang digelar Carpal Tunnel Syndrome, RSIs dan macam-macam lagi gelaran.

Justeru, amat penting untuk kita ambil tahu cara-cara menggunakan komputer dengan selamat supaya tidak memberi kesan kepada kesihatan kita.

1. Letakkan monitor komputer pada jarak yang lebih jauh dan rendah
Pastikan kerusi dan meja sentiasa berada dalam posisi yang selesa. Jika meja terlalu tinggi, gantikan dengan meja lain ataupun carilah kerusi yang lebih sesuai untuk anda.

2. Pastikan posisi duduk di hadapan komputer dalam keadaan betul
Badan tegak, elakkan menyandar atau duduk bermalas-malasan. Jangan dekatkan muka dengan skrin komputer ketika membaca. Sesekali ubah posisi dan tidak statik sahaja di hadapan komputer.

3. Postur badan di hadapan komputer
Perkara ini adalah antara perkara yang sering diabaikan oleh pengguna komputer.

Pastikan pergelangan tangan tidak diletakkan di atas buku dan sebagainya ketika menaip. Jangan menekan papan kekunci atau keyboard terlalu kuat, menaip dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Paling baik, pastikan anda mempunyai “hand support” untuk papan kekunci bagi memastikan tangan sentiasa dalam keadaan selesa ketika menaip.

4. Untuk mengelakkan sakit tulang belakang, pastikan duduk dengan tegak
Jika anda menggunakan komputer pada masa yang lama, pastikan sentiasa duduk dengan betul.

Untuk sokongan badan yang lebih, gunakan bantal kecil di atas kerusi, ianya akan memberikan keselesaan dan mengelakan rasa sakit belakang.

5. Gunakan jenis huruf yang sesuai (font) ketika menaip
Ini supaya anda dapat melihat dengan jelas ketika membaca apa yang di tulis.

Pastikan juga kecerahan komputer tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap. Jika terlalu gelap tidak nampak, manakala jika terlalu terang akan merosakan mata.

6. Elakkan mencengkam dan menekan tetikus (mouse) dengan kuat
Perbuatan ini hanya akan merosakkan saraf tangan anda, selain itu ianya juga akan membuatkan tangan terasa cepat kebas dan letih.

7. Bekerja dengan komputer terlalu lama hanya akan memenatkan tubuh
Selepas menggunakan komputer selama satu jam, pastikan anda berhenti sebentar untuk rehat.

Ketika waktu rehat tersebut, ambil masa untuk regangkan tangan dan jari, bangun seketika dan goyangkan badan, atau apa-apa sahaja aktiviti yang menyegarkan badan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.


Sumber: carianmaklumatsemasa.com

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan