
8 langkah mudah menghasilkan kek cawan
Kek cawan adalah kek mini yang disediakan dan disajikan dalam acuan kertas. Sejarah kemunculannya dipercayai dari Amerika Syarikat dan sejak itu popularitinya semakin terkenal di seluruh dunia. Hari ini dengan perkembangan teknologi dan juga peredaran zaman, kek cawan tidak ketinggalan turut mengalami inovasi dalam pembuatannya. Bagaimanapun, cara asas pembuatan dan bahan-bahannya masih sama. Sesuai dengan kehidupan norma baharu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak tahun lalu, ibu-ibu boleh membuat kek cawan, sebahagian aktiviti riadah di rumah bersama anak-anak. Untuk itu, kali ini GPSBestari bersama pembuat kek, Hayati Abdul Rahim, akan berkongsi resipi dan sembilan langkah mudah menghasilkan kek cawan yang menarik. Anda juga boleh lawati media sosial Hayati, Facebook yatt's lil kitchen dan Instagram yattslilkitchen untuk lebih resipi dan dekorasi kek yang menarik. Selamat mencuba!
Resipi
Bahan-bahannya
250 gram (g) mentega
175g gula kaster
2 sudu teh esen vanila
5 biji telur gred A
250g tepung naik sendiri
manik gula berwarna warni

Cara membuatnya
- Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanila.
3. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung naik sendiri, gaul hingga sebati.
5. Masukkan manik gula berwarna-warni dan gaul rata.
6. Isi bancuhan dalam cawan kertas memenuhi 2/3 cawan.
7. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selsius selama 35 hingga 40 minit.
8. Hiaskan dengan krim putar.