jarritos-mexican-soda-idP6ct9jkmk-unsplash (1)
jarritos-mexican-soda-idP6ct9jkmk-unsplash (1)

9 cara menghentikan tabiat makan berlebihan, elak obesiti

Mohd Khairi Mohamad YusriMohd Khairi Mohamad Yusri
06 Oct 2021 05:10pm

Makan berlebihan boleh dikatakan sebagai satu masalah serius bagi kebanyakan orang. Selalunya masalah ini berpunca daripada ketidakupayaan untuk menahan nafsu makan.

Ketidakupayaan untuk mengawal nafsu makan ini akan mengundang banyak kesan negatif seperti obesiti, cepat lelah dan sebagainya.

Perkara-perkara ini sudah semestinya akan turut memberikan kesan terhadap kesediaan untuk menghadam pelajaran kerana keadaan badan tidak berada dalam keadaan yang optimum.

Oleh itu, berikut disenaraikan beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghentikan tabiat yang tidak sihat ini.

1. Jangan lupa bersarapan

Melangkau sarapan pagi adalah sesuatu yang seharusnya menjadi pantang.

Banyak kajian yang menunjukkan orang yang tidak makan sarapan lebih cenderung makan berlebihan pada waktu tengah hari dan mempunyai risiko untuk mendapat masalah jantung yang lebih tinggi.

Kajian lain menunjukkan bahawa makan telur pada waktu pagi dapat membantu anda makan lebih sedikit sepanjang hari.

2. Makan secara perlahan

Mungkin perkara ini agak ‘cliche’, tetapi makan dengan perlahan sememangnya adalah salah satu strategi terbaik untuk mengelakan makan secara berlebihan. Makan lebih perlahan membantu anda merasa kenyang lebih cepat.

3. Gunakan pinggan yang lebih kecil

Semakin besar pinggan, semakin besar kemungkinan untuk makan secara berlebihan.

Kebanyakan besar pinggan makan di rumah adalah berdiameter sekitar 12 inci, jadi carilah pinggan yang bersaiz 9 inci supaya jumlah makanan yang dimakan adalah lebih sedikit.

4. Perhatikan emosi anda

Anda perlu ambil tahu apakah alasan yang menyebabkan keinginan untuk memakan makanan ringan dan juga makan secara berlebihan.

Sebagai contoh, mungkin punca masalah tersebut adalah untuk membuat diri anda berasa lebih baik atau untuk mengatasi tekanan. Kenal pasti punca tersebut, dan selepas ini anda akan cenderung membuat strategi yang terbaik untuk menanganinya.

5. Bersenam lebih banyak

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kemahuan untuk makan berlebihan akan berkurangan dengan ketara selepas setiap kali bersenam.

Dengan kata lain, apabila melihat gambar ais krim gergasi yang dipaparkan di tiang-tiang iklan, perasaan ‘craving’ terhadap ais krim tersebut tidak akan terasa.

Bersenam juga adalah merupakan gaya hidup yang sangat bagus yang mampu mengubah hidup sesiapa sahaja.

6. Pilih makanan yang padat nutrien

"Ketumpatan nutrien" bermaksud jumlah nutrien yang dimasukkan ke dalam jumlah makanan tertentu. Sebagai contoh, anda boleh memakan sebiji brokoli gergasi untuk mendapatkan jumlah kalori yang sama dalam secawan ais krim kerana sayur-sayuran umumnya lebih padat nutrien.

Jauhi makanan seperti gula-gula, keju, dan soda, yang tidak memberikan banyak nutrien. Sebagai gantinya, pilih makanan yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging tanpa lemak, minyak yang sihat, dan juga kacang.

7. Bungkus makanan ringan yang sihat jika mahu pergi kemana-mana

Makanan ringan yang sihat adalah alat penting untuk membantu anda mengelakkan makan berlebihan.

Kajian menunjukkan bahawa makanan ringan yang sihat seperti badam dapat membantu mengelakkan ‘craving’ makanan. Oleh itu, bungkuslah makanan ringan yang sihat seperti kacang, biji, buah, dan sayur-sayuran dan bawa ke tempat kerja, sekolah, atau tempat lain yang dikunjungi.

8. Ada “cheat day” seminggu sekali

“Cheat day’ ini adalah untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri kerana mengamalkan pemakanan yang sihat dengan menikmati sesuatu yang anda gemari.

Namun, ini tidak bermaksud boleh makan sesuka hati. Tetapi cukuplah sekadar menikmati satu atau dua keping pizza. Menahan diri dari makan sepenuhnya menjadikan seseorang lebih cenderung untuk menyerah pada keinginan dan akan membuatkan masalah makan berlebihan berulang.

9. Buat rancangan tambahan

Dengan mempunyai rancangan tambahan, anda akan dapat mengenalpasti apakah perkara yang perlu dilakukan sekiranya rancangan asal terganggu.

Sebagai contoh, jika anda sedang merasa tertekan, kemudian pergi mencari jajan walaupun tidak merasa lapar, anda boleh mencari sebiji buah sebagai gantinya atau pergi berjalan-jalan.

Ini adalah strategi kuat yang menggunakan prinsip psikologi tingkah laku yang telah terbukti sejak sekian lama.

Semoga perkongsian ini dapat membantu semua orang yang menghadapi masalah ini.

Sumber: lifehack.org

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan