Apa persediaan guru sekiranya PdPR kembali dilaksanakan? Ini perkongsian penting buat anda!
Apa persediaan guru sekiranya PdPR kembali dilaksanakan? Ini perkongsian penting buat anda!

Apa persediaan guru sekiranya PdPR kembali dilaksanakan? Ini perkongsian penting buat anda!

Azliyana Sulaiman
21 Apr 2021 08:32am
A
A
A

Apa persediaan guru sekiranya PdPR kembali dilaksanakan? Ini perkongsian penting buat anda!

Disebabkan peningkatan kes Covid -19 di kebanyakan sekolah, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mencadangkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara menutup semua sekolah buat sementara waktu.

Sekiranya sekolah ditutup, ini bermakna sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan bermula pada bila-bila masa sahaja.

Bagaimana pula dengan guru-guru di luar sana?

Adakah anda sudah bersedia untuk menempuh PdPR sekali lagi?

Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Haslinda Hassan menerusi akaun facebook memuat naik panduan penting sebagai rujukan kepada cikgu-cikgu sekiranya PdPR dilaksanakan.

Ini kongsinya.

*****

PdPR Gelombang 4.

Dah banyak pun sekolah yang dah mula.

Kemungkinan tu macam ada yang kita pun akan ber-PdPR semula.

Jadi apa persediaan kita?

Tak kan nak gagal untuk kesekian kalinya?

Bab talian Internet dan peranti, kita tak sentuh dulu.

Yang tu memang orang atas dah dengar dan mereka sedang berusaha sebaiknya.

Kita fokus persediaan diri sendiri.

Mungkin masih ramai yang tak tahu, dalam portal DELIMa KPM (portal.moe-dl.edu.my) ada disediakan latihan kendiri untuk guru-guru meningkatkan kompetensi diri sebagai persediaan melaksanakan PdPR.

Ada lima modul kesemuanya, ada kuiz di akhir setiap modul, dan anda layak terima sijil sekiranya menamatkan pembelajaran.

Saya pernah beberapa kali terlibat dengan pembikinan modul. Serius, buat modul ni bukan senang.

Dan modul e-pembelajaran yang komprehensif begini, dibangunkan dengan teori-teori pendidikan berkaitan, oleh KPM dan UNICEF — wajar diberi pujian.

Yang saya suka, ia bukan sahaja membimbing guru-guru melaksanakan PdPR secara langkah demi langkah, tetapi ia juga menunjukkan kaedah merancang PdPR yang menyeronokkan dan berkesan siap dengan cara buat pentaksiran!

Tak perlu mencari di sana sini, sebenarnya KPM dah sediakan bantuan untuk guru-guru di dalam portal DELIMa ni.

Di sini anda boleh belajar benda-benda se’simple’ Google Classroom sehinggalah kepada

tools untuk rekod screen

edit rakaman

buat penilaian interaktif

menanda tugasan secara maya

dan buat design pun ada diajar sekali!

Anda bukan hanya akan jumpa Google Apps tau, tetapi juga tools yang mungkin tak familiar macam Screencastify, Quizizz/Kahoot, Pear Deck, Gradebook, dan Canva. Nice kan?

Ok, jomlah explore!

Sumber: Facebook Haslinda Hassan

Artikel menarik

'Saya lorek dalam buku sebab takdak tasbih, ustaz' - Hati warganet tersentuh sekali lagi

Semak status akreditasi sebelum pilih program pengajian

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan