WhatsApp Image 2021-07-28 at 12.20.56 PM
WhatsApp Image 2021-07-28 at 12.20.56 PM

Bakat melukis komik murid Tahun Enam ini buat ramai kagum!

Roshlawaty Md Raieh
02 Aug 2021 11:10pm
A
A
A

Sejak kecil lagi, murid Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, Kuala Lumpur, Nur Aisy Aleesya Mohd Aswadi, 12, minat melukis komik.

Pantang mempunyai masa terluang, dia akan melakar beberapa watak seperti Serra dan Emma menggunakan pensel elektronik pada telefon pintarnya.

Menjadikan Datuk Lat sebagai idola, Nur Aisy Aleesya berkata, dia tidak menyertai mana-mana kelas melukis sebaliknya banyak menonton toturial di YouTube dan berbincang bersama rakan-rakan.

“Dulu, setiap hari saya melukis. Tapi sekarang, hanya hujung minggu sahaja sebab hari biasa, sibuk belajar. Malam pun, ada kelas tuisyen online.

“Keluarga sentiasa memberi sokongan untuk saya kembangkan bakat dalam dunia lukisan.

Malah mereka ada bertanyakan sama ada saya mahu belajar ke Sekolah Seni Malaysia selepas ini,” kata anak kepada pasangan Mohd Aswadi Che Abdullah dan Norulhuda Azma Abdullah @ Fauzi ini.

Nur Aisy Aleesya (kanan) bersama keluarga yang banyak menyokong dan memberi semangat terhadap minatnya dalam melukis komik.

Mengakhiri temu bual, Nur Aisy Aleesya berharap agar dia dapat menjadi seperti kartunis Kampung Boy, Datuk Lat, yang berjaya dan terkenal seluruh dunia.

INFO

Antara pelukis komik atau kartunis tempatan yang terkenal

  • Datuk Lat
  • Zunar
  • Jaafar Taib
  • Allahyarham Rejabhad
  • Zainal Buang Hussein
  • Rossem
  • Don
  • Allahyarham Zoy
  • Imuda
  • Gayour

10 komik tempatan paling terkenal

  • Gila-Gila
  • Gelihati
  • The Kampung Boy
  • Ujang
  • Anak Anak Sidek
  • Rileks!
  • Gempak
  • Apo?
  • Utopia
  • Lawak Kampus

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan