Bantu PdPR pelajar masyarakat Orang Asli, KPLB bersedia bekerjasama dengan KPM, KKMM
Bantu PdPR pelajar masyarakat Orang Asli, KPLB bersedia bekerjasama dengan KPM, KKMM

Bantu PdPR pelajar masyarakat Orang Asli, KPLB bersedia bekerjasama dengan KPM, KKMM

webadmin
22 Feb 2021 04:13am
A
A
A

TAPAH - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi membantu menyelesaikan masalah sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam kalangan pelajar masyarakat Orang Asli.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ini kerana dua masalah utama yang dikenal pasti dihadapi pelajar Orang Asli ialah capaian internet yang lemah serta ketiadaan peralatan seperti komputer dan telefon pintar.

"Sekiranya kita (KPLB) diarahkan untuk membantu kedua-dua kementerian, kita akan turun padang membantu pelajar masyarakat Orang Asli supaya mereka tidak ketinggalan dalam sesi PdPR seperti pelajar lain.

"Saya percaya sebarang keputusan atau pengumuman hanya akan dibuat oleh KPM dan masalah berkenaan akan menemui jalan penyelesaian," katanya kepada pemberita selepas Program Memperkasa 'Community Surveillance' serta penyerahan 69 unit bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Gepai di Bidor di sini.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menyalurkan bantuan bakul makanan kepada 140 ketua isi rumah di Kampung Batu 6 di sini pada 20 Januari lepas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKDP) yang dilaksanakan sejak 21 Januari.

Jakoa juga bersiap sedia dengan bantuan tambahan sekiranya tempoh PKPD dilanjutkan bagi memastikan masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.

Pada 20 Januari, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,Kampung Orang Asli Batu 6, Jalan Pahang di sini diletakkan di bawah PKPD sehingga 3 Februari selepas pihak berkuasa mengesan 12 kes positif Covid-19 di kampung berkenaan - BERNAMA

Artikel menarik

Tidak mahu pelajar tercicir pelajaran, Ahli Parlimen Kangar lancar kempen kumpul RM500,000

8 peranan yang ibu bapa dan guru perlu beri tumpuan ketika PdPR, ini perkongsian Kaunselor Berdaftar


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan