GAMBAR Al-Zahrawi1
GAMBAR Al-Zahrawi1

Bongkarkan sumbangan tokoh Islam dalam bidang perubatan moden untuk pengetahuan pelajar

A
A
A

Tamadun Islam mula membangun dengan pesatnya pada zaman pertengahan dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh umat Islam dalam memastikan kedudukan Islam berada sebaris dengan tokoh-tokoh Eropah yang lain.

Inisiatif ini adalah bagi mengelakkan kemampuan Islam dipandang rendah oleh masyarakat lain.

Susulan itu, perubatan Islam mula muncul dan terus berkembang sepanjang abad ketamadunan Islam.

Ilmu perubatan Islam mula mencapai kegemilangan dari hari ke hari dan dari situlah muncul seorang tokoh Islam, Ibnu Al-Zahrawi atau nama sebenarnya Abu Al-Qasim Khalaf bin ‘Abbas Al Zahrawi, yang dilahirkan sekitar tahun 936 hingga 940 di bandar Di Raja Zahrah, berdekatan Cordoba, Andalusia (Sepanyol).

Ibnu Al-Zahrawi merupakan tokoh Islam yang pertama di dunia dan beliau telah memperkenalkan ilmu pembedahan moden kepada masyarakat dunia.

Beliau telah memperkenalkan pelbagai jenis alatan bedah untuk kemudahan para doktor yang telah diguna pakai sehingga ke hari ini.

Ibnu Al- Zahrawi juga turut memperkenalkan teknik tanaman gigi dalam bidang pergigian.

Teknik ini adalah untuk membantu menaikkan keyakinan golongan masyarakat yang mempunyai masalah gigi.

Paling tidak disangka, Ibnu Al-Zahrawi turut memberi sumbangan dalam bidang kosmetik atau disebut sebagai dunia kecantikan.

Beliau dipercayai tokoh pertama yang mencipta ‘lipstik’ dan ‘deodorent’ bagi tujuan menaikkan keyakinan diri seseorang dalam penampilan diri di khalayak ramai.

Kehebatan beliau dalam bidang pembedahan, telah mendorong beliau untuk memperkenalkan teknik pembedahan plastik.

Kehebatan dan sumbangan beliau dalam memperkenalkan teknik perubatan moden terbukti dan telah direkodkan dalam kitab al-tasrif.

Kitab ini telah diterjemahkan semula dalam bahasa Latin dan telah dijadikan sebagai sumber rujukan oleh golongan ilmuan Eropah pada suatu ketika dahulu.

Ini membuktikan bahawa kemampuan Islam dalam bidang perubatan tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak.

Kehadiran tokoh Islam dalam memperkenalkan teknik pembedahan moden adalah satu kejayaan bagi umat Islam.

Sumber: Instagram Cikgu Sejarah, SirSyahmi92

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan