768373 (1)
768373 (1)

Calon SPM, STPM teruja ikuti motivasi ‘jarak jauh’ bersama siswa USIM

Mohd Khairi Mohamad Yusri
22 Sep 2021 02:58pm
A
A
A

NILAI – Para calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 dari empat buah sekolah terpilih menerima suntikan motivasi secara langsung dari mahasiswa tahun akhir jurusan Seni Bina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.

Pelajar yang terpilih untuk mengikuti program motivasi khas ini adalah seramai 46 orang dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor; 57 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu, Terengganu; 93 orang dari SMKA Melor, Melor, Kelantan; dan 120 orang dari Sekolah Menengah Imtiaz Dungun, Terengganu.

Menurut pensyarah penasihat bagi program Archi-Naqli, Ar. Nasrudin Sharkawi, seramai 28 orang siswa tahun akhir jurusan Seni Bina FKAB terlibat menjayakan siri motivasi ini kepada pelajar sekolah berkenaan.

”Siswa USIM kita bahagikan kepada empat kumpulan kecil untuk setiap sekolah untuk mereka menjalankan modul aktiviti motivasi yang telah kita sesuaikan dengan pelaksanaan norma baharu secara dalam talian.

“Ini satu pendedahan yang baik untuk mahasiswa berinteraksi dengan masyarakat luar kampus yang mana kita fokuskan kali ini untuk calon-calon SPM dan STPM 2021,” tambahnya.
Nasrudin turut menjelaskan progam ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai laluan dan strategi yang boleh dipilih mereka selepas tamat persekolahan kelak.

”Ini juga merupakan program serampang dua mata di mana pelajar sekolah disuntik dengan motivasi oleh siswa USIM melalui perkongsian pengalaman dan strategi pembelajaran yang telah mereka lalui untuk dapatkan keputusan cemerlang di sekolah dan universiti.

“Pada masa sama, pelajar sekolah turut didedahkan laluan untuk melanjutkan pengajian Seni Bina di USIM dan prospek kerjaya sebagai seorang arkitek atau ahli profesional dalam industri pembinaan,” ujar beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan