New Project (4)
New Project (4)

Cikgu-cikgu ambil perhatian, hindari sindiket anugerah palsu, Cikgu Hailmi dedah ciri-cirinya

Mohd Khairi Mohamad Yusri
29 Oct 2021 10:22am
A
A
A

Baru-baru ini ada seorang pengguna media sosial, Nedumaran Elangovan mendedahkan terdapat banyak sekolah yang tertipu dengan anugerah-anugerah palsu.

Menurut pendedahkan itu, kebanyakan penipuan tersebut didalangi oleh sebuah syarikat yang sama serta sering menyasarkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sebagai mangsa.

Justeru menurutnya tidak hairanlah ramai pelajar dan guru dari SJKT menyertai pertandingan dalam bidang sains dan inovasi peringkat antarabangsa, namun tidak pernah menerima sebarang pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Jadi segala wang yang dibayar hanyalah sebuah pembaziran semata-mata.

Oleh itu, Para guru mesti mesti sentiasa berhati-hati, elakkan diri dan sekolah daripada jadi mangsa penipuan sindiket ini. Di bawah, GPSBestari kongsikan perkongsian Cikgu Hailmi berkenaan ciri-ciri anugerah palsu tersebut agar menjadi peringatan untuk semua.

**

Sebab ramai cikgu-cikgu yang tanya anugerah apa, jadi saya dedahkan di sini ciri-ciri anugerah palsu itu.

1. Modus operandi dia bagi kita menang pelbagai anugerah, kemudian jika kita mahukan medal, sijil dan lain-lain, kena bayar untuk kos penghantaran dan banyak lagi yang boleh mencecah USD 400 (RM1,700) dan lebih.

2. Yang menang anugerah tersebut terlalu ramai. Satu negara sampai 10 orang menang apa semua.

3. Borang terlalu mudah untuk diisi.

Tak comprehensive langsung dan tiada tapisan interview. Kriteria penilaian pun terlalu umum, seakan-akan sesiapa yang isi pasti boleh dapat anugerah. Sebab tu yang menang, kau pun tak kenal siapa dan apa sumbangan dia.

4. Penganjur yang mencurigakan.

Buka laman sesawang rasmi pun tengok ala kadar sahaja, dengan gambar majlis terdahulu ala-ala majlis graduasi tadika.

5. Majoritinya based kat India. Di sana pun sudah jadi isu bila banyak sangat anugerah scam amik kesempatan ke atas guru. https://www.thehindu.com/news/national/kerala/fooling-teachers-with-fancy-awards/article25022929.ece 

6. Mereka juga akan mendekati cikgu-cikgu antarabangsa yang dah pernah menang anugerah peringkat antarabangsa supaya anugerah mereka nampak gah. Tapi cikgu yang bijak, pasti tidak akan terpedaya!

7. Musim sekarang ni lagi mereka giat lakukan promosi kerana majlis anugerah tersebut boleh dibuat secara atas talian sahaja. Kos murah, tapi boleh acah-acah grand habis, padahal hauk saja. Nak menipu ambik duit saja.

Yang penting kita sebarkan supaya lebih ramai yang tahu pasal skandal anugerah palsu nih. Mudahan dah tak ada lagi cikgu Malaysia yang terpedaya.

Penting juga supaya pihak berwajib kat luar tak iktiraf kejayaan mudah seperti ini. Our teachers are much better than this!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan