Demam lato-lato! Dr Kamarul Ariffin kongsi pesanan penting yang ibu bapa perlu lakukan
Demam lato-lato! Dr Kamarul Ariffin kongsi pesanan penting yang ibu bapa perlu lakukan

Demam lato-lato! Dr Kamarul Ariffin kongsi pesanan penting yang ibu bapa perlu lakukan

Roshlawaty Md Raieh
27 Jan 2023 03:34pm
A
A
A

SEJAK akhir-akhir ini, permainan yang dikenali lato-lato menjadi pilihan ramai sebagai mengisi masa lapang masing-masing.

Difahamkan, golongan yang paling kerap bermain lato-lato adalah kanak-kanak yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Memang asyik bermain lato-lato dek bunyinya yang sedap didengar iaitu tek-tek, tuk-tuk. Jika ada geng sekepala yang suka bermain lato-lato, semestinya ia akan dimainkan sehingga lewat malam.

Dalam konteks permainan lato-lato, pernahkah anda terfikir yang permainan itu mampu membawa kemudaratan kepada pemain? Jika ya, apa mudaratnya?

Sinar Bestari tertarik dengan perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi laman Facebooknya, baru-baru ini. Kata beliau, permainan lato-lato telah tular di negara ini namun besar harapannya supaya ibu bapa sentiasa memastikan anak masing-masing bermain lato-lato dengan cara yang selamat.

“Saya berharap mak ayah memantau anak-anak agar berhati-hati semasa bermain. Ini kerana lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Bagi mengetahui lebih lanjut nasihat Dr Kamarul Ariffin ini, Sinar Bestari kongsikannya untuk rujukan semua. Semoga bermanfaat!

***** Minggu ini sudah ada satu kes datang ke klinik saya kerana kecederaan akibat bermain lato-lato. Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato.

Lato-lato ada dua (ladung) pemberat dan diikat dengan tali. Cara bermainnya melibatkan pemain menghayung kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan.

Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat. Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh.

Ada lato-lato yang ladungnya agak berat, jadi jika terkena muka agak berbahaya, terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung. Tidak salah untuk bermain lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan.

Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain. Dalam hal ini, ibu bapa perlu pastikan anak mereka bermain dengan cara yang selamat. Jika boleh, beri beberapa pesanan ini kepada mereka

1) Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.

2) Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena individu lain.

3) Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.

4) Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.

Seperti mana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan.

Justeru, mak ayah perlu memantau anak masing-masing ketika mereka bermain permainan tersebut.

Artikel berkaitan 

Kenali permainan tradisional yang popular satu ketika dahulu. Pelajar wajib tahu ini!

Ketagih permainan video? Pakar Perunding Perubatan Keluarga kongsi jalan penyelesaiannya

Dr Amalina dedah rahsia cemerlang raih 17A1 SPM 2004

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan