Untitled design
Untitled design

Dunia pendidikan sudah berubah, ini motivasi diri sebagai pembakar semangat buat semua

Roshlawaty Md Raieh
07 Jul 2021 02:14pm
A
A
A

Untuk berjaya, perlu ada usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat dan lelah.

Demikian kata Timbalan Pengerusi Persatuan Pengusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia (PPPTMM), Mohd Nadzri Abdul Rahman.

Memberitahu kepada GPSBestari, Mohd Nadzri berkata, perubahan dalam pendidikan kini sudah berubah terutamanya ketika pandemik Covid-19 pada ketika ini.

"Sebelum ini, kita tidak pernah terfikir bahawa guru, pelajar dan ibu bapa perlu berdepan dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

"Tapi, setelah Covid-19 melanda negara, mahu atau tidak, PdPR harus dilakukan agar pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran.

"Melihatkan semua ini, saya akui yang pelbagai cabaran dan dugaan telah dilalui oleh semua pihak. Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak mematahkan semangat mereka semata-mata mahu mengejar ilmu demi masa depan yang cemerlang," katanya.

Mohd Nadzri

Sebagai sokongan dan penguat semangat untuk guru, pelajar dan ibu bapa, Mohd Nadzri berkongsi motivasi diri sebagai pembakar semangat untuk semua.

Mari kita hadam.

Diantara kebimbangan dan penyesalan, ada ruang dan peluang ditengah-tengahnya. Itulah 'HARI INI'. Gunakanlah ruang dan peluang itu sebaik yang mungkin.

Untuk berubah menjadi lebih cemerlang, berhenti memberi pelbagai alasan. Tanamkan azam dalam diri agar tidak jauh ketinggalan.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Melihat orang sekeliling kita sudah berlari, tetapi kita masih lagi berjalan, maka lakukan sedikit pengorbanan jika benar ingin berubah.

Hanya dengan ilmu akan dapat membezakan diri sendiri daripada orang lain.

Mulakan sekarang untuk buat sesuatu yang baik tanpa menunggu kawan.

Lakukan atau mulakan dengan perkara yang mudah atau kecil dahulu. Tambahkan kebaikan secara berperingkat bila sudah bermula dan menguasai sesuatu.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Mulakan sekarang, masa amat berharga dan tidak menunggu kita. Perubahan sekarang akan membawa impak dimasa hadapan.

Terus fokus dan komited kepada usaha. Dengan usaha, kita akan merasai manisnya kejayaan.

Pembelajaran berterusan, kejayaan Insya-Allah milik anda.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan