a1021e82-7f5b-494a-b76d-c0af6cf064f0
a1021e82-7f5b-494a-b76d-c0af6cf064f0

Ejaan betul yang mengelirukan ramai

A
A
A

Kesalahan ejaan di dalam sesuatu penulisan bukanlah satu senario baharu dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar-pelajar pada hari ini.

Dalam penulisan, sistem ejaan ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai setiap pelajar malah ia tidak sepatutnya terjadi kerana mengeja telah diajar sejak di pra sekolah.

Bagaimanapun, tidak dinafikan kesalahan ejaan ini semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat dan perkara ini seolah-olah menjadi satu fenomena yang disengajakan.

Kegagalan menguasai struktur ejaan yang betul akan menjejaskan penulisan malah ramai pelajar yang tidak mendapat skor terbaik dalam peperiksaan disebabkan kesalahan umum yang dilakukan ini.

Sehubungan itu, GPSBestari tertarik untuk berkongsi ilmu yang dimuatnaik oleh seorang guru bahasa Melayu, di akaun Instagramnya.

Dalam video tersebut, Cikgu yang menggunakan nama IG Zack Kirana Ibrahim ini telah meleraikan kekeliruan yang sering terjadi dalam kalangan masyarakat.

Berikut beberapa ejaan perkataan yang ramai tidak tahu dan keliru

1) Salah: Satay

Betul: Sate

2) Salah: Nasi impit

Betul: Nasi himpit

3) Salah: Tart nenas

Betul: Tart nanas

4) Salah: Serunding

Betul: Serondeng

5) Salah: Bergedil

Betul: Bergedel

6) Salah: Suhun

Betul: Suun

7) Salah: Maruku

Betul: Muruku

Perkongsian ringkas ini diharap dapat dijadikan pengetahuan baharu buat masyakarat terutamanya para pelajar.

Pasti ramai yang terkejut bahawa ejaan anda selama ini salah. GPSBestari yakin ada di antara perkataan di atas yang membuatkan anda semakin keliru.

Namun, kesilapan itu terjadi mungkin disebabkan oleh kebiasaan masyarakat yang kurang peka dengan sistem ejaan yang betul. Perkara ini secara tidak langsung telah menjadi ikutan ramai sehingga menyebabkan ejaan yang sebenar tidak diketahui umum.

Oleh itu dengan perkongsian ilmu ini, diharapkan para pembaca tidak melakukan kesalahan yang sama selepas ini.

Sumber: Instagram Cikgu @zackkirana

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan