pexels-anna-shvets-4167559
pexels-anna-shvets-4167559

Fasa endemik. Ini yang perlu guru dan pelajar tahu mengenainya

webadmin
22 Sep 2021 06:44pm
A
A
A

Mungkin ada antara guru dan pelajar yang masih kurang jelas tentang maksud fasa endemik yang dijangka akan bermula Oktober depan.

Apa sebenarnya fasa endemik ini?

Adakah guru dan pelajar sudah bersedia untuk menghadapinya?

Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu.

Ini termasuk penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sebuah negara.

Penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dahulu adalah antara endemik yang mengancam dunia.

Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru.

Endemik lain yang pernah tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo dan Peru; wabak bubonik di Madagascar; dan demam denggi di Peru.

Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Nurul Ain Mustakim dan Noorzalyla Mokhtar berkongsi mengenai fasa endemik untuk pengetahuan masyarakat.

Mari ikuti penerangan daripada dua pensyarah ini.

*****

Malaysia bakal memasuki fasa endemik yang dijangka pada akhir bulan Oktober ini, dengan jangkaan kadar vaksinasi sekurang-kurangnya 80 peratus populasi dewasa sudah dicapai.

Endemik adalah satu keadaan di mana sesuatu penyakit termasuk virus tidak dapat dihapuskan daripada terus menular dalam kalangan masyarakat. Contohnya seperti influenza dan denggi.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Rakyat Malaysia perlu akur untuk hidup sekali bersama virus ini, dengan mengamalkan cara hidup norma baharu dan langkah-langkah kesihatan awam yang disarankan seperti menjaga jarak, memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman selain memantau kesihatan masing-masing.

Peralihan kepada fasa endemik ini membolehkan lebih banyak sektor ekonomi dibuka dan beroperasi seperti biasa sekaligus merancakkan kembali ekonomi negara.

Berikutan kenyataan yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengenai fasa endemik ini, ia serba sedikit memberi sinar harapan kepada masyarakat khususnya para peniaga kecil yang menjalankan perniagaan mereka secara tradisional atau fizikal.

Mereka sudah boleh menjalankan perniagaan seperti sedia kala untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Inisiatif seperti melakukan saringan kit ujian kendiri Covid-19 sebelum memulakan perniagaan dilihat antara yang wajar untuk dipraktiskan apabila memasuki era endemik nanti.

Ini selaras dengan usaha kerajaan dalam menetapkan harga siling bagi kit ujian kendiri di samping meluluskan lebih banyak kit ujian kendiri dan memperluas premis yang dibenarkan menjualnya selain dari farmasi dan fasiliti kesihatan.

Selain itu, pemberian kit ujian kendiri secara percuma kepada golongan B40 juga dilihat sebagai satu langkah wajar bagi melindungi golongan itu dalam menghadapi fasa endemik.

Pembukaan sektor pelancongan juga dilihat memberi nafas baru kepada sektor ini yang dilihat hampir nazak susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baca juga Pelajar UMK terima bantuan komputer riba

Baca juga Hentikan ‘body shaming’ dengan segera!

Justeru setiap pemain dalam industri haruslah menyusun strategi pemasaran, promosi dan paling penting prosedur operasi standard (SOP) tentang pengendalian pelanggan, pengurusan sumber manusia dan pelbagai aspek lain yang perlu dititikberatkan bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Bagaimanapun, kerajaan perlulah memperhalusi strategi dan menyusun langkah-langkah kesihatan awam secara holistik bagi memastikan tiada kompromi terhadap keselamatan dan kesihatan masyarakat dalam fasa endemik nanti.

Fokus haruslah menjurus kepada memperluaskan liputan vaksinasi bagi mencapai imuniti kelompok dan membolehkan rakyat menikmati kehidupan yang lebih selamat sebagaimana sebelum virus ini menyerang dunia. Impak daripada pelaksanaan PKP 1.0 terhadap ekonomi amatlah besar dan dijangka pulih dalam jangka waktu yang panjang.

Justeru, rakyat juga harus lebih bertanggungjawab dan menyokong program vaksinasi negara bagi memastikan keseimbangan ekonomi dan kesihatan awam dapat dicapai.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan