zohre-nemati-6sNQftdA3Zs-unsplash (1)
zohre-nemati-6sNQftdA3Zs-unsplash (1)

Guru-guru jangan selalu tidur lambat, rupa-rupanya ini bahaya yang menanti

Mohd Khairi Mohamad Yusri
14 Oct 2021 12:51pm
A
A
A

Kerjaya sebagai seorang guru pada masa kini tidaklah seperti dahulu kerana selain mengajar, mereka juga perlu menguruskan banyak perkara lain.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ada yang mengeluh bahawa masa yang ada tidak mencukupi bagi menyelesaikan semua perkara.

Sehinggakan ada yang mengambil keputusan untuk mengurangkan masa tidur bagi memastikan semua kerja dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.

Namun sebenarnya badan kita memerlukan waktu tidur tujuh hingga lapan jam pada setiap hari kerana tidur yang tidak mencukupi akan mendatangkan banyak masalah kepada diri sendiri di kemudian hari.

Oleh itu, kali ini GPSBestari senaraikan beberapa masalah yang akan timbul jika tabiat kurang tidur ini diteruskan.

1. ‘Microsleeps’

Antara kesan yang paling terkenal akibat daripada kekurangan tidur ini adalah “microsleep”. Perkara ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, walaupun ketika sedang melakukan kerja-kerja yang sepatutnya membuatkan kita terasa segar. Paling bahaya jika kita tertidur ketika sedang memandu dalam kelajuan yang tinggi, kerana perkara ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

2. Membuatkan kulit menjadi cepat tua

Kekurangan tidur akan menyebabkan hormon kortisol timbul sekali gus menyebabkan kolagen badan semakin berkurang.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan hubung kait tidur yang secukupnya dengan skor penuaan kulit yang rendah.

gambar hiasan

3. Mengganggu proses membuat penilaian

Terdapat sebuah kajian yang dijalankan berkenaan kesan kekurangan tidur yang mana seramai 26 peserta telah diminta untuk tidak tidur selama dua hari.

Selepas dua hari, mereka diminta untuk memberikan penilaian terhadap beberapa perkara moral (moral dilemma). Hasil daripada kajian tersebut mendapati kebanyakan daripada mereka tidak dapat memberikan penilaian yang betul ketika menjawab soalan moral tersebut.

4. Memberi kesan kepada emosi

Tidur yang kurang boleh memberi pelbagai kesan negatif kepada emosi. Ia akan membuatkan kita menjadi mudah marah, dan juga sukar untuk menunjukkan emosi positif pada wajah. Kegagalan mempamerkan emosi positif ini juga akan menyukarkan kita untuk membuatkan orang lain gembira.

 

5. Halusinasi

Perbuatan tidak tidur untuk satu jangka masa yang panjang akan membuatkan seseorang individu merasai pelbagai pengalaman yang tidak enak iaitu mengalami halusinasi.

Halusinasi tersebut boleh berkisarkan tentang perkara-perkara biasa hinggalah perkara-perkara yang akan mengganggu kesihatan mental.

6. Merosakan otak

Kesan jangka masa panjang kekurangan tidur ini sebenarnya sukar untuk dikaji kerana kita terikat dengan perkara-perkara etika kemanusiaan, tetapi kurang tidur telah dikaitkan dengan skizofrenia dan demensia.

Bukan itu sahaja, ada kajian yang mendapati tidak mendapatkan tidur yang secukupnya akan mengecilkan otak. Justeru, tidur adalah sangat penting untuk otak supaya dapat berfungsi dengan baik.

Sebuah kajian yang dilakukan di Universiti Chicago telah mengesahkan bahawa terdapat hubungan antara peningkatan selera makan dan kurang tidur. Mereka mendapati bahawa ketika kurang tidur, orang mengambil lebih banyak makanan ringan yang tidak sihat.

Sekiranya seseorang mendapatkan tidur yang cukup, dia akan mampu mengawal rasa lapar, terutama ketika melihat makanan ringan.

Sumber: brighside

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan