Nicholas Erwan dan Gorentti berharap SPP beri peluang kepada mereka untuk menjadi guru kontrak
Nicholas Erwan dan Gorentti berharap SPP beri peluang kepada mereka untuk menjadi guru kontrak

Guru kontrak, Sarawak gagal lantikan semula, harap SPP buka ambilan khas

Rasyidah Zulkifi
08 Jun 2022 09:24am
A
A
A

Pelbagai reaksi ditunjukkan calon guru kontrak selepas Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mengumumkan keputusan temu duga Contract of Services (CoS) pada 28 Mei lalu.

Ada yang sedih tidak kurang juga yang gembira selepas mendapat lantikan semula menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.

Keputusan ini mungkin suatu peluang cerah buat mereka yang mempunyai ikhtisas pendidikan, namun ibarat menutup periuk nasi bagi mereka yang tidak mempunyai asas perguruan.

Hal ini dirasai calon guru Pendidikan Khas Sekolah Rendah (SK), Nicholas Imba, 30, selepas berjaya tapisan temu duga CoS tetapi gagal melepasi syarat kelayakan SPP.

Dia yang berasal dari Kapit, Sarawak berasa kecewa selepas iklan SPP menyatakan calon tiada ikhtisas boleh membuat permohonan walaupun turut diselitkan graduan ikhtisas yang baharu mendapat sijil senat dimasukkan dan diluluskan dalam jawatan guru CoS berkenaan. 

“Ramai rakan guru mengeluh sekolah mereka kekurangan guru dan terpaksa mengajar dua hingga tiga subjek.

“Dengan pertambahan pelajar menjadikan kerja guru bertambah, disebabkan luahan daripada rakan-rakan guru ini, menyebabkan saya memohon jawatan Guru CoS ini.

“Saya yang lahir di kawasan Kapit sangat mengetahui kekurangan guru di Sarawak adalah kritikal, jadi saya tahu apa yang harus dilakukan untuk menarik minat para pelajar,” katanya.

Harapannya, slot guru interim 2022 dapat dibuka khas untuk anak Sarawak agar membolehkan calon yang gagal temu duga CoS 2021 diserap menjadi guru seperti dalam pengambilan terdahulu.

Sementara itu, calon guru Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Mohd Erwanizam, 31, bersependapat dengan Nicholas berasa kecewa kerana telah menunggu keputusan sejak 2021. 

“Jadi, sebagai calon CoS 2021 yang gagal, harapan saya agar pihak berkuasa dapat membantu kami bagi mengisi kekosongan guru di Sarawak,” ujarnya.

Goretti Sentu, 35, pula berharap diberi peluang menjadi pendidik dan meluahkan rasa sedih dengan keputusan berkenaan selepas melakukan sebaik mungkin.

Dia tidak kisah jika perlu menyambung Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan guru (IPG) untuk memperoleh ikhtisas perguruan.

“Tidak perlu dipertikaikan lagi. Lagi pula saya telah melalui pelbagai proses tapisan. 

“Saya rasa kebanyakan anak Sarawak mempunyai pendidikan yang setaraf dan layak berkhidmat menjadi guru, walaupun kami tiada ikhtisas dalam pendidikan,” katanya.

Sumber: Suara Sarawak

Artikel berkaitan

Pemohon gagal dapat tempat di universiti awam boleh kemuka rayuan 

‘Dulu gagal, kini cemerlang’ – Guru ini dedah rahsia, kuasai subjek Matematik 

Guru kontrak perkhidmatan isi 2,400 pengambilan guru ‘one-off’ 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan