pexels-thirdman-8926456
pexels-thirdman-8926456

Guru 'senior' beri nasihat kepada guru baharu. Ini kata mereka...

Roshlawaty Md Raieh
06 Jan 2022 04:50pm
A
A
A

Bagi guru baharu (sama ada yang baru dilantik atau baru berpindah), tentunya sudah tidak sabar untuk mengajar di sekolah yang telah ditetapkan.

Pelbagai persiapan rapi sudah dibuat dan yang tinggal sekarang, keterujaan untuk bertemu dengan warga sekolah yang baru.

Sinar Bestari menemui sebuah grup komuniti di laman Facebook yang memuat naik sedikit perkongsian untuk guru-guru baharu ini.

Dengan posting “Apa nasihat rakan guru kepada guru baharu?”, ia menarik ramai wargamaya untuk memberi sedikit nasihat buat mereka.

Kami senaraikan sebahagian nasihat yang dititipkan untuk guru-guru baharu ini.

Jom ikuti sebahagian kata-kata semangat itu.

AmyNajwa Ahmad: Alhamdulillah, segalanya ketentuan Ilahi, tahniah kerana terpilih menjadi seorang pendidik. Terima tanggungjawab dengan hati yang ikhlas, berusaha sebaik mungkin untuk jalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Rajin-rajin bertanya jika tak tahu dan belajarlah untuk ringan tulang, menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Jaga akhlak dan adab di mana sahaja kita berada kerana sebagai pendidik, kita bukan sahaja menjadi contoh yang baik kepada anak didik kita tetapi juga kepada masyarakat di luar sana. Sekalipun ada ketikanya dalam suatu perkara, kita berada di pihak yang benar, tak salah untuk kita mengalah kerana ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya.

Rabaatul Adawiah: Sentiasa positif. Tiada hari yang sama. Sentiasa bersedia menerima sesiapa sahaja yang akan menjadi murid, kawan sekerja dan ketua. Perjalanan baru bermula. Semoga bahagia hingga ke akhirnya.

RNoor Afzan RYahya: Kerjalah dengan gembira dan ceria kerana disitu datangnya semangat, jangan terpengaruh dengan senior yang suka borak hal-hal orang sekeliling sebab mostly tak benar, dan keep humble.

Esmawaty Samad: All the best. Keep humble. Tak tau, jangan malu tanya. Kalau dah tau pun, kena tanya untuk kepastian. Jangan buat kepala sendiri. Apa yang belajar di universiti dulu langsung tak sama. Bukan nak memenangi pandangan/hati orang, lebih kepada nak mewujudkan keselesaan pada diri sendiri. Tak rugi pun mengalah. Bila dah usaha yang terbaik dan tak diterima, jalan terus. Kita tak hidup untuk perhatian manusia.

Oppo: Jadi diri sendiri, anggap kerja itu ibadah senang hidup dunia akhirat. Di sukai rakan dirahmati Allah.

Salwah Abdulwahab: Maniskan muka dan tunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab. Insya ALLAH akan bahagia dalam kerjaya.

Cyhan Bakri: Ikhlas niat untuk mendidik anak bangsa walaupun dimana anda ditempatkan. Mereka adalah client anda. Cintai profesion yang kita pilih.

Illiyas Aziz: Pertama sekali tahniah kerana menjadi guru

  1. Kalau tak mahu diberikan tugas/tanggungjawab pelik-pelik, pilih apa yang awak minat bagitau terus pentadbir.
  2. Tiga bulan pertama belajar budaya sekolah. Ikut kalau bagus.
  3. Awak pergi sekolah sebab kerja ataupun nak jadi pendidik? Kalau sebab kerja memang x lama
  4. Kalau jadi cikgu sebab nak kaya. Sila berhenti dan cari kerja lain. Jadi cikgu takkan kaya di dunia. Kalau nak jadi kaya akhirat ikhlaskan hati.
  5. Lain orang lain minat lain matlamat lain suasana lain keadaan. Jangan dengar sangat apa orang kata. Termasuklah nasihat ini.

Syafiq Mokhtar Yazid: Baik dengan semua orang tak kiralah guru, kerani, guard, mak cik kantin.

Noor Hidayah Ghazali: Terima tugasan yang diberi. Jangan senang-senang tolak tugasan, bantulah rakan-rakan guru selagi ia tidak membebankan. Insya-ALLAH, akan datang urusan kita akan dipermudahkan.

En Gulakapas Ainsa: Senyum dalam apa jua keadaan. Rendah diri selalu kalau nak selamat. Percayalah

Ramli Semetrik: Jangan menolak kerja yang diberikan. Jangan sekali-kali mempertikaikan arahan pentadbir. Jangan meniru dan mencontohi perilaku atau amalan-amalan negatif guru-guru lama, tetapi pilihlah yang baik saja.

Zack Selamat: Just love your job. Bahagia tak bahagia buat-buat bahagia.

Norazlina Ismail: Jadi guru kerjanya sangat banyak. Jangan cepat patah semangat, jangan mudah menolak.  Team work sangat penting.

Najwa Annuriy: Hulurkan bantuan ringankan beban dan jangan memandai-mandai dulu kat tempat orang, buat je tak pandai, walaupun sangat expert. Kenal budaya setempat, bahasa dan rajin bertanya serta ambil tahu.

Fahita Mohamad: Latih diri rajin dalam semua hal. Jangan malu nak belajar. Bergaul dengan semua.

AL Ummiezza: Peramah dan ringan tulang.

Ahmad Zaki: Jadilah seperti ikan di laut, walaupun hidup dalam air masin, tapi isinya bila dimakan tetap sedap dan tak masin.

Artikel berkaitan 

4 kali terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Cikgu Noor Azlan kongsi rahsianya

Setia mengajar walau ada yang melawan, itulah sikap guru yang buat ramai sebak

Terperangkap dalam kesesakan, graduan USM tumpang motosikal untuk hadir ke majlis konvokesyen


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan