tvet ukm
tvet ukm

Hala tuju pendidikan TVET

Mariatul Qatiah Zakaria
14 Oct 2021 03:00pm
A
A
A

BANGI - Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) merupakan antara bidang yang mendapat perhatian utama dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan sebanyak RM29 juta.

Memfokuskan kepada pemupukan kemahiran secara praktikal yang mengutamakan latihan komprehensif dalam bentuk pemahiran semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling), TVET hari ini dilihat sebagai satu bidang yang berdaya saing.

Menyedari akan kepentingan bidang kemahiran dalam industri hari ini, Unit Integrasi Teori dan Amalan Dalam Strategi Pembelajaran (INTENSE), Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan (P3K), Universiti Kebangsaan Malaysia,  turut melihat perkara ini sebagai perkembangan yang sangat baik.

Sehubungan itu, baru-baru ini mereka telah menganjurkan webinar mengenai TVET dengan mengetengahkan tajuk, Halatuju Pendidikan TVET Dalam Menyediakan Kemahiran dan Pekerjaan Masa Hadapan.

Menurut Ketua Unit INTENSE, Ts Mohd Affandi, perkongsian sesi webinar tersebut telah mendapat pelbagai pandangan daripada peserta sebagai input terhadap pemantapan kebolehpasaran graduan TVET.

Dr Haryanti

Tambah beliau, penambahbaikan ekosistem TVET harus dilakukan daripada akar umbi dengan kerjasama pemegang taruh utama TVET di Malaysia.

“Berdasarkan data 2018 sehingga 2020, terdapat penurunan kadar kebolehpasaran dalam kalangan graduan TVET, namun ia masih dikategorikan pada tahap yang baik.

“Graduan baharu TVET hari ini menghadapi masalah defisit kemahiran kerana kekurangan pengalaman.

 Bukan itu sahaja, pertumbuhan pekerjaan berkemahiran juga didapati tidak konsisten dengan bilangan graduan TVET yang dihasilkan. Untuk itu melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 dan Rancangan Malaysia ke-11, kerajaan dilihat serius dalam meningkatkan kualiti Pendidikan TVET,” ujarnya.

Dikendalikan oleh  Profesor Madya Dr Nor B’ayah Abdul Kadir sebagai moderator, sesi webinar yang berlangsung selama 2 jam itu mengetengahkan Amirul Rafiq Abu Rahim dari Institut Penyelidikan Khazanah  sebagai penceramah dan turut dihadiri 90 orang peserta yang terdiri daripada pakar TVET dari industri agensi swasta dan juga kerajaan termasuklah institusi pendidikan kemahiran di Malaysia.

Amirul Rafiq Abu Rahim dari Kazanah Research Insitute turut berkongsi ilmu mengenai TVET dengan pemegang taruh TVET di seluruh Malaysia.

Turut Dr Haryanti lagi, terdapat lima cabaran utama yang diutarakan dalam Pendidikan TVET, merangkumi peranan kerajaan, pentadbiran TVET, penawaran tinggi, penjenamaan dan pengiktirafan serta isu akreditasi.

Dalam hal ini peranan kerajaan seharusnya sebagai pemudahcara dan bukan provider semata-mata dan isu jurang kemahiran perlu ditangani bersama pihak industri.

Yang pasti, rumusan daripada perbincangan webinar ini akan menjadi inspirasi untuk menambahbaik ekosistem Pendidikan TVET di Malaysia.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan