w
w

Ibu bapa atau penjaga, ini tarikh penting bagi semakan penempatan Tahun Satu KPM bagi sesi 2022/2023. Penting!

Roshlawaty Md Raieh
02 Aug 2021 02:37pm
A
A
A

Makluman bagi ibu bapa atau penjaga yang telah mendaftarkan anak-anak bagi kemasukan Tahun Satu Ambilan Tahun 2022/2023, anda boleh membuat semakan penempatan secara dalam talian mulai sekarang.

Langkah-langkah penting untuk membuat semakan penempatan Tahun Satu bagi sesi 2022/2023 adalah seperti berikut:

1) Sila layari laman sesawang https://public.moe.gov.my

2) Sila log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.

3) Buat semakan di menu Permohonan

4) Sila buat Perakuan Penempatan mengikut langkah di bawah.

Perakuan Penempatan Tahun Satu/2022

1) Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.

2) Surat penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar secara fizikal ke sekolah. Namun salinan tersebut perlu dicetak dan disimpan dengan selamat oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa pendaftaran ke sekolah bila diperlukan.

Baca juga: Cikgu Melankolik Malaya guna saluran YouTube mengajar teknik melukis 

Baca juga: Buat video YouTube: 5 tip tampil berani di depan kamera walaupun anda seorang pemalu

3) Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu menghubungi sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan tersebut.

Permohonan rayuan

1) Permohonan rayuan penempatan hanya dibuat secara online dalam sistem dan tiada proses rayuan manual.

2) Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana butang rayuan hanya akan aktif selepas proses perakuan ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.

3) Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.

4) Keputusan rayuan perlu dicetak dan disimpan oleh ibu/bapa/penjaga dengan selamat untuk kegunaan pendaftaran ke sekolah bila diperlukan.

Terdahulu, pendaftaran murid Tahun Satu telah dibuat menerusi Sistem Aplikasi Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) yang telah dibuka pada 1 Mac 2021 hingga 30 April 2021 lalu.

Semakan penempatan Tahun Satu KPM bagi sesi 2022/2023

SPATKPM dibangunkan bagi memudahkan ibu bapa dan penjaga membuat permohonan tanpa perlu mengisi borang manual selain menjimatkan masa ibu bapa dan penjaga dari berulang-alik ke pejabat sekolah untuk membuat permohonan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bagi ibu bapa dan penjaga yang pernah menggunakan SPATKPM mungkin tiada masalah untuk membuat permohonan terbaharu sebaliknya mereka hanya perlu Daftar Masuk (Log In) ke dalam sistem berkenaan.

INFO

Soalan Lazim Tahun Satu

1) Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan?

Memudahkan pendaftaran murid ke Tahun Satu dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.

2) Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi?

Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat pendaftaran ke Tahun Satu dan ke sekolah kawalan.

3) Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna?

Ibu bapa dan penjaga.

4) Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru?

Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar

5) Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan?

Sila daftar semula dengan menggunakan No Mykad yang betul. Sekiranya telah memohon menggunakan ID Pengguna yang salah atau menggunakan MyKid murid, pengguna boleh teruskan permohonan dengan menggunakan ID tersebut.

6) Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?

Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN

Mohon semak email (berdasarkan email yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)

7) Bagaimanakah jika email yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN?

Email kepada pihak admin. (Dengan subjek email: email tidak sah untuk fungsi katalaluan).

8) Bagaimanakah jika hendak mengemaskini maklumat pengguna sistem selain dari ID Pengguna?

Sila Daftar Masuk terlebih dahulu, kemudian klik butang menu UTILITI.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan