Inisiatif MSU diiktiraf Sustainable Energy Development Authority (SEDA)
Inisiatif MSU diiktiraf Sustainable Energy Development Authority (SEDA)

Inisiatif MSU diiktiraf Sustainable Energy Development Authority (SEDA)

Azliyana Sulaiman
20 Apr 2021 04:24am
A
A
A

Isu pelepasan gas karbon dioksida mempengaruhi alam sekitar, kesihatan dan ekonomi di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Perkembangan semasa dunia ke arah penggunaan teknologi canggih, pemanasan global menjadi semakin jelas pada hari ini dan semua pihak harus menanganinya secara mampan.

Antara langkah terpenting dalam menangani isu pemanasan global ialah dengan mengamalkan cara hidup yang lestari atau mesra alam.

Perubahan teknologi menerusi inovasi baharu yang lebih me­sra alam turut menyumbang dalam meminimumkan kesan isu ini.  

Management and Science University (MSU) turut mengambil inisiatif tersendiri dalam menangani isu pemanasan global dengan mengimplementasikan praktis penjimatan tenaga tanpa melibatkan kos.

Perlaksanaan inisiatif seperti pengawalan suhu bilik pejabat pada 24 darjah C, penjadualan sistem penghawa dingin dan lampu, amalan kecekapan tenaga, pengawalan sub meter bagi setiap kompleks bangunan serta penggunaan lampu LED.

Ia telah memberikan impak positif apabila penggunaan tenaga telah dikurangkan sebanyak 24.21 peratus peratus atau 5,646,661 kWh (3,918.78 tonne) gas karbon dioksida setahun pada 2021 berbanding 2019. Menjelang 2030, MSU menyasarkan untuk mencapai penjimatan pelepasan gas karbon dioksida pada tahap 40-45 peratus.

Inisiatif mesra alam ini membolehkan kampus induk MSU mencapai penarafan Green Pass Operation, Diamond-2 oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) melalui Low Carbon Buildings Assessment 2020 serta merupakan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pertama menerima pengiktirafan ini.

Artikel menarik

Pendidik perlu pamerkan contoh yang baik kepada murid - Sheikh Mohd Zaki

Sekolah kembali laksanakan PdPR, ini 3 teknik yang boleh cikgu guna sepanjang kaedah itu berlangsung


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan