07a28650cead46c8492357522f
07a28650cead46c8492357522f

Jangan biarkan meja belajar berselerak! Ikuti idea ini untuk meja yang lebih kemas

Mohd Khairi Mohamad Yusri
27 Aug 2021 01:12pm
A
A
A

Ketika mengikuti kelas secara dalam talian, antara perkara yang penting adalah pelajar mesti sentiasa menumpukan perhatian.

Namun, salah satu perkara yang boleh membuatkan perhatian tersebut terganggu adalah meja yang dipenuhi dengan barang yang terlalu banyak dan bersepah. Kalau hendak mencari apa-apa seperti pemadan ke, pembaris ke, pasti akan mengambil masa yang lama.

Jadi pastikan meja adik-adik sentiasa kemas supaya boleh fokus terhadap pelajaran. Berikut merupakan idea bagi membuatkan meja belajar sentiasa kemas dan tersusun.

Pengatur meja (table organizer)

Pengatur meja ini boleh dibuat dengan menggunakan apa-apa sahaja bahan seperti kepingan kadbod dan bahagian dalam kertas tandas. Jadi tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk memperoleh hasil yang cantik.

Ruang penyimpanan tersembunyi

Sekiranya terdapat almari atau rak tertutup berhampiran dengan meja belajar, adik-adik boleh gunakan ia sebagai ruang penyimpanan barang-barang. Lihat contoh gambar di bawah untuk idea penyimpanan yang boleh dilakukan dengan almari tersebut.

Menyusun dengan teliti

Menyusun semula semua barang yang penting di dalam satu fail atau kotak yang berasingan. Ini dapat membantu mengelakan meja belajar berselerak. Selepas itu, pastikan anda menandakan kotak penyimpanan dengan pelekat atau label berwarna seperti di bawah, ini akan membantu adik-adik mencari barang dengan mudah dan cepat.

Buku hiasan

Buku hiasan yang diletakkan di atas meja perlu sentiasa kelihatan kemas dan menarik. Ini dapat membantu mengubah mood menjadi lebih baik. Ia juga boleh digunakan sebagai ruang penyimpanan.

Bekas penyimpanan pen kayu

Tambahkan elemen organik ke meja belajar dengan menggunakan bekas kayu seperti gambar di bawah untuk menyimpan alat-alat tulis. Adik-adik boleh membuatnya sendiri tapi pastikan juga mendapat bantuan orang dewasa.

Bahan & Alat Diperlukan

-Gergaji tangan

-Sepotong kecil kayu sama ada dari dahan besar atau pangkal pokok

-Mesin gerudi (dengan ukuran mata gerudi sekitar 7/16 ")

-Kertas pasir

Langkah 1. Dengan menggunakan gergaji tangan, potong dengan teliti kayu tersebut pada ketinggian yang diingini.

Langkah 2. Gerudi lubang ke bahagian atas kepingan kayu. Anda boleh juga mengolah corak mengikut kesukaan.

Langkah 3. Lap dengan kerta pasir dan siap!

Papan paparan

Gunakan papan paparan untuk meletakan sebarang nota peringatan. Jadi, adik-adik akan sentiasa mendapat notis-notis penting untuk kerja sekolah.

Fail yang berwarna warni

Cuba tengok di dapur, adakah terdapat kotak bijirin kosong yang belum dibuang? Jangan pergi buang!

Adik boleh jadikan ia sebagai ‘holder’ yang sangat baik untuk kertas, dokumen dan majalah. Tengok gambar di bawah untuk idea.

Poket dinding

Bagi yang gemar menjahit, Ini adalah penyelesaian yang ceria dan berkesan. Buat sebilangan poket ini dan gantungkan di dinding sebagai poket penyimpanan barang-barang kecil.

Barangan vintaj

Letakkan beberapa balang kaca, plastik dan timah dengan ukuran berbeza di atas pinggan. Boleh juga membuat pemegang yang berfungsi untuk menyimpan alat tulis. Hiaskan ia seperti gambar di bawah, pastinya gaya vintaj yang terdapat di atas meja untuk lebih banyak inspirasi dan semangat untuk terus belajar.

Kotak pembahagi

Untuk memastikan barang anda bersepah dalam satu ruang besar di dalam laci, gunakan pembahagi kotak kadbod. Lihat contoh di bawah, pasti boleh buat sendiri.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Ruang tambahan

Sekiranya ruang meja yang ada tidak mencukupi, gunakan ruang yang ada di sekelilingnya. Adik-adik boleh membuat beberapa cawan pemegang khas seperti gambar di bawah.

Sekarang adik-adik dah punya meja yang kemas dan selesa untuk mendapatkan mood ceria ketika belajar. Mudahkan.

Selamat mencuba.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan