no image

'Kami berusaha dan cuba beri yang terbaik, sokonglah kami dan janganlah menuduh yang bukan-bukan'

webadmin
03 Feb 2021 10:34am
A
A
A

'Kami berusaha dan cuba beri yang terbaik, sokonglah kami dan janganlah menuduh yang bukan-bukan'

Baru-baru ini portal GPS Bestari telah menyiarkan artikel bertajuk Luahan hati seorang guru, buat warganet sebak. Moga urusan semua cikgu, dipermudahkan!

Artikel ini telah mendapat ribuan perkongsian dan komen serta ratusan tanda suka daripada pembaca.

Perkongsian yang memaparkan suara hati Guru Cemerlang Pendidikan Islam, Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan, Dr Salbiah Mohamed Salleh berkaitan sikap sesetengah ibu bapa terhadap PdPR, menarik perhatian ramai.

“Janganlah kecam kami selaku warga pendidik. Kami sudah buat yang termampu dan akan sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada. Mohon sokong kami dan tegurlah secara berhemah,” ujarnya seperti dipetik menerusi artikel berkenaan.

Menerusi artikel itu juga, segelintir guru-guru di Malaysia, mula memberi pandangan dan pendapat masing-masing.

Antara komen mereka adalah

1)“Guru-guru sentiasa cuba buat yang terbaik tapi sebagai ibu bapa cubalah juga buat yang terbaik untuk anak-anak yang telah diamanahkan oleh Allah. Jangan lepas tangan pada sebelah pihak sahaja”

2)“Ibu bapa dan guru sepatutnya saling bantu membantu dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Barulah PdPR dapat dilaksanakan dengan jayanya”

3)“Kena saling menyokong...guru sedang memperbaiki kualiti, ibu bapa perlu menyokong...setiap perkara kena ada usaha bersama...sebelah pihak pasti tempang”

4)“Mencari salah memang mudah. Ada beberapa audio bapa mengugut guru disebarkan. Antaranya, mengugut marah-marah guru. Serba salah guru. Semua perkara nak dikomplen. Komplen tahan lagi tapi dengan kata-katata kasar perlu guru hadap. Guru manusia sama seperti orang lain. Ada juga luahkan nanti ilmu tidak berkat. Lantas ada yang komen, Cikgu ni dibayar gaji, ape hal pulak berkat tidak berkat...seolah-olah guru pulak berkuasa dalam hal menghalalkan ilmu yang diberi”

Tidak ketinggalan juga, beberapa ibu bapa yang turut tampil memberi pandangan berkenaan pembelajaran di rumah, seperti…

1)“Tahniah cikgu, anda telah menjalankan amanah dengan cemerlang”

2)“Semoga cikgu-cikgu semua, diberi kesihatan yang baik untuk mendidik anak-anak pelajar”

3)“Kami akan tetap sokong apa yang cikgu kongsikan dalam PdPR. Jika ada antara anak-anak yang tidak faham, tegurlah mereka, cikgu”

4)“Jasamu akan kami kenang hingga akhir hayat, cikgu!

Mari ikuti sebahagian lagi pandangan ikhlas daripada guru-guru buat ibu bapa di luar sana.

Diharap ramai mak ayah dapat membaca dan menyelami hati para guru yang kini berkorban, bertungkus lumus dan sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan anak-anak didik dibekalkan dengan ilmu pengetahuan.

Untuk cikgu, terima kasih banyak-banyak.

Anda sememangnya hebat dan sangat luar biasa di mata kami semua.    

Artikel menarik

Kreatifnya guru dari Arau, Perlis ini, berubah watak dan personaliti mengikut topik, demi murid

Belajar tapi masih gagal, Cikgu Ropizam kongsi 9 rahsia tersembunyi pelajar cemerlang


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan