Kandungan peti pertolongan cemas, ini senarai alatannya
Kandungan peti pertolongan cemas, ini senarai alatannya

Kandungan peti pertolongan cemas, ini senarai alatannya

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
07 Oct 2022 12:52pm

Peti pertolongan cemas merupakan item yang wajib ada dalam setiap rumah, sekolah, pejabat mahu pun di mana-mana sahaja.

Ini kerana, peti pertolongan cemas akan membantu anda mendapatkan rawatan segera bagi merawat kemalangan kecil.

Dalam konteks ini, tahukah murid-murid mengenai peti pertolongan cemas?

Apakah yang ada di dalamnya dan apakah kegunaanya?

Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan dan peralatan perubatan asas yang boleh dibeli di farmasi.

Peti ini seharusnya diletakkan di tempat yang kering dan selamat serta jauh daripada kanak-kanak.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas, jenis dan kegunaannya serta kandungannya perlu diperiksa setiap enam bulan sekali.

Dalam setiap peti pertolongan cemas, terdapat beberapa alatan yang mempunyai fungsi masing-masing.

Di sini Sinar Bestari senaraikan fungsi setiap alatan sebagai pengetahuan kita bersama.

Jom lihat!

1) Kain kasa steril

Berfungsi untuk melindungi luka daripada jangkitan kuman.

2) Pembalut (bandage)

Membalut anggota badan yang luka atau tercedera supaya dapat menghentikan pendarahan.

3) Pengepit (tweezer)

Digunakan untuk mengambil cebisan kaca, kayu atau duri yang tertusuk pada luka.

4) Kain kasa (gauzel)

Menampal luka setelah diletakkan antiseptik atau ubat luka.

Gambar hiasan daripada Pexels.

5) Kapas

Membersihkan luka atau menyapu antiseptik pada bahagian luka.

6) Minyak angin

Meringankan rasa sakit kepala atau pening kepala.

7) Pin penyemat

Mematikan dan mengemas balutan.

8) Antiseptik

Membunuh kuman pada bahagian luka dan membersihkan luka.

9) Gunting

Memotong plaster, seluar atau baju mangsa.

10) Kain anduh

Dijadikan penyokong kepada anggota badan yang cedera seperti tangan.

Gambar hiasan daripada Pexels.

11) Plaster

Menampal luka terbuka untuk menghentikan darah.

12) Sarung tangan perubatan

Mengelakkan sentuhan langsung dengan mangsa yang berdarah dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

13) Buku panduan pertolongan cemas

Sebagai rujukan ringkas semasa bertindak menggunakan kandungan peti pertolongan cemas.

Artikel berkaitan 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan