20. Tn Hafiz Hashim sedang memberikan ucapan perasmian
20. Tn Hafiz Hashim sedang memberikan ucapan perasmian

Kejohanan Sukan Tahunan SEBARU 2022 cungkil bakat atlet baharu

Adlan Farhan Azwan
13 Dec 2022 03:55pm
A
A
A

Sukan tahunan sekolah merupakan antara acara paling ditunggu-tunggu oleh semua ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sekolah.

Objektif utama penganjuran sukan tahunan sekolah adalah bagi mengeratkan silaturahim seluruh warga sekolah dengan masyarakat dan mencungkil bakat-bakat baru sukan dalam kalangan murid.

Sehubungan itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Kuala Selangor (SEBARU), Selangor dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SEBARU telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan SEBARU kali ke-24 pada 25 dan 26 November lalu setelah dua tahun tergendala akibat pandemik Covid-19.

Menurut Setiausaha Sukan SEBARU, Cikgu Mohamad Syahreen Samsuri, kejohanan sukan kali ini dijalankan dalam bentuk karnival selama dua hari melibatkan kerjasama dari pelbagai pihak terutama PIBG, agensi-agensi kerajaan dan dimeriahkan dengan jualan gerai komuniti setempat.

Antara acara sukan yang dipertandingan semasa Kejohanan Sukan Tahunan SEBARU 2022.

“Penganjuran kejohanan sukan ini turut dijadikan sebagai batu loncatan mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid sebagai persediaan kejohanan sukan daerah, negeri dan kebangsaan tahun hadapan.

“Ia adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN),” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari, baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia menambah, ikon badminton dunia, Muhammad Hafiz Hashim yang kini merupakan jurulatih pasukan badminton bawah 15 tahun, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut diundang merasmikan kejohanan sukan kali ini.

Kejohanan Sukan Tahunan SEBARU 2022 dimeriahkan lagi dengan kehadiran ikon badminton dunia, Muhammad Hafiz Hashim.

Katanya, minat terhadap sukan sahaja tidak memadai, sebaliknya ia perlu digilap dengan pendekatan yang betul dan disokong oleh semua pihak agar satu hari nanti akan lahir juara dunia dalam kalangan anak-anak SEBARU.

"Sukan bukanlah bidang sukan semata-mata kerana ia boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan, pembangunan bakat dan penyumbang ekonomi keluarga.

"Kejohanan kali ini melibatkan pelbagai acara termasuk sukaneka, tarik tali, larian dan padang, sukan individu, acara alumni, ibu bapa dan guru-guru,"ujarnya.

Kejohanan sukan kali ini mengangkat tema jenis-jenis coklat kegemaran rakyat Malaysia.

Cikgu Mohamad Syahreen berharap kejohanan berkenaan dapat dijadikan medan meningkatkan jalinan kepakaran sukan antara sekolah dengan badan sukan di Malaysia.

Katanya, ia dapat mentransformasikan minda warga sekolah dan masyarakat setempat untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan dalam kalangan murid-murid.

Pelbagai gerai jualan turut memeriahkan lagi Kejohanan Sukan Tahunan SEBARU 2022.

Rumah kuning dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan pemilihan olahragawan dan olahragawati dilakukan bagi mengetuai sekolah dalam cabaran sukan pada tahun hadapan.

Pihak PIBG tidak ketinggalan menyediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti pakej percutian, barang penjagaan kesihatan mata, dan hamper bagi menggalakkan penyertaan serta kehadiran ibu bapa.

Artikel berkaitan

5 pengetahuan asas untuk pemula sukan ultimate frisbee

Bosan duduk di rumah? Ini 5 tempat menarik khas untuk anak-anak aktif yang suka dengan aktiviti lasak

Jom ketahui jenis-jenis servis yang selalu digunakan dalam sukan badminton


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan