pexels-gustavo-fring-4241346
pexels-gustavo-fring-4241346

Kerjasama UiTM dan pihak luar dalam memperkasakan HETVET @ UiTM

webadmin
12 Oct 2021 01:56pm
A
A
A

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah Pendidikan, Sains dan Kubudayaan (UNESCO) telah mengiktiraf Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan alam pekerjaan.

Pengetahuan pelajar ini diperlukan dalam pelbagai sektor ekonomi dan mereka dijangkakan akan memperoleh manfaat yang besar dalam pembangunan TVET tersebut.

TVET mempunyai skop yang amat luas. Pembanguan TVET juga dapat melahirkan pekerja yang mahir dan separa mahir bagi memenuhi permintaan tenaga pekerja teknikal dan vokasional.

Perkara ini sudah pasti dapat meningkatkan perkembangan ekonomi negara sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan pekerja asing di negara ini.

Selaras dengan hasrat negara serta pekembangan semasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) juga telah memberi perhatian dalam memperkasakan agenda TVET.

UiTM juga telah mengambil langkah dengan memperkenalkan ‘High–End Technical and Vocational Education and Training UiTM (HETVET@UiTM)’.

HETVET @ UiTM merupakan salah satu usaha UiTM dalam mengarus-perdana dan memperluaskan akses kepada TVET yang berkualiti untuk memenuhi keperluan industri.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Tujuan utama pembangunan HETVET@UiTM adalah bagi menghasilkan graduan yang berkualiti di dalam bidang TVET.

HETVET@UiTM juga meliputi pengetahuan, kemahiran teknikal dan bukan teknikal yang diperlukan oleh graduan sebagai persediaan di alam perkerjaan. Graduan yang kompetan ini sangat diperlukan sebagai guna tenaga industri bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

Baca juga Ahli akademik Malaysia terima anugerah kehormat daripada Presiden Uzbekistan

Baca juga Mahu jadi pemain bolasepak, ini kemahiran asas yang perlu pelajar kuasai

Empat model HETVET@UiTM diperkenalkan iaitu

1) Program Akademik HETVET.

2) Memantapkan struktur kurikulum melalui kolobrasi dengan badan professional.

3) Memperkenalkan kursus-kursus baharu berdasarkan keperluan standard tempatan dan antarabangsa.

4) Menawarkan kursus berasaskan permintaan industri.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Dalam menjayakan model HETVET, kerjasama yang strategik antara universiti, industri dan agensi-agensi lain tidak boleh dipisahkan.

Kerjasama strategik dijangka mampu meningkatkan peluang graduan mendapat pekerjaan apabila tamat bergraduat.

Sebagai contoh, kolaborasi antara UiTM cawangan Perak melalui Fakulti Sains Gunaan dengan Pusat Pembangunan Usahawan Dan Kemahiran Perak (PESDC) membuka ruang kebolehpasaran graduan di dalam bidang HETVET ini.

Graduan yang mempunyai potensi dan prestasi yang baik akan diberi peluang untuk berada di dalam industri.

Jalinan kerjasama sebegini merupakan peluang keemasan di antara pelajar, universiti, rakan industri dan juga agensi-agensi yang lain.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Pertukaran staf dan pelajar di antara fakulti dari setiap rakan industri atau agensi ini telah memberi manfaat yang besar terutamanya dari sudut percambahan ilmu, penyelidikan dan perkongsian teknologi.

Kolaborasi antara universiti, industri dan agensi-agensi yang lain dapat dilaksanakan dengan perancangan dan pelaksanaan yang berkesan bagi memastikan kebolehpasaran graduan dapat dicapai.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Hasrat kerajaan untuk pemperkasakan TVET dapat dilaksanakan melalui jalinan kerjasama yang strategik antara pelbagai pihak.

UiTM juga bersiap siaga sepenuhnya dalam menerapkan perubahan dalam HETVET seiring dengan keperluan global.

Maklumat Penulis

Dr Ahmad Nazib Alias merupakan Pensyarah Kanan UiTM, Perak

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan