Kesihatan kanak-kanak terjejas
Kesihatan kanak-kanak terjejas

Kesihatan kanak-kanak terjejas kerana perubahan iklim - UNICEF

webadmin
05 Nov 2021 02:53pm
A
A
A

Mungkin banyak pihak tidak menyedari hakikat bahawa kanak-kanak juga turut terkesan dengan perubahan iklim serta kemerosotan alam sekitar.

Kajian yang dijalankan oleh dua buah universiti tempatan dengan kerjasama UNICEF Malaysia baru-baru ini mendapati, kedua-dua fenomena alam itu mempunyai kesan buruk ke atas pertumbuhan, perkembangan serta kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia.

Ini kerana kanak-kanak mempunyai tahap toleransi yang lebih rendah terhadap risiko iklim dan alam sekitar. Apatah lagi kajian berkenaan turut mendapati kanak-kanak sering menjadi mangsa yang teruk terkesan apabila berlaku bencana yang ada kaitan dengan banjir, kemarau dan kebakaran hutan.

Meskipun menanggung impak teruk, “kanak-kanak secara konsisten tersisih dalam

perencanaan proses dan dasar iklim.”

UNICEF (Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) baru-baru ini melancarkan indeks risiko iklim - Children Climate Risk Index - yang pertama kali memberi fokus kepada kanak-kanak dan menyenaraikan negara berdasarkan pendedahan kanak-kanak kepada kejutan iklim serta alam sekitar.

Malaysia berada di tangga ke-61 dalam senarai negara yang kurang memberi penekanan

kepada kanak-kanak yang terdedah kepada risiko perubahan iklim.

Menyedari akan pentingnya menjaga kebajikan kanak-kanak daripada kesan perubahan iklim di Malaysia, UNICEF Malaysia berganding bahu dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menjalankan kajian mengenai “Impact of Climate Change on Children: A Malaysian Perspective” (ICCC) antara Mac 2020 hingga Mei 2021.

Laporan ICCC berkenaan dilancarkan di UKM pada 29 Oktober 2021 oleh Timbalan Ketua

Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr

Hishamuddin Mohd Hashim, bagi pihak Timbalan Menteri, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

KESIHATAN KANAK-KANAK TERJEJAS | BACA JUGA :Mahu membuat nota yang berkualiti? Ikuti 11 tip ini

KESIHATAN KANAK-KANAK TERJEJAS | BACA JUGA : Tak puas hati keindahan kelas di ‘cacatkan’ oleh stor kebun, tengok apa cikgu ini buat. Sangat kreatif!

Menurut Pakar Program Inovasi dan Kelestarian UNICEF Malaysia, Issmail Nnafie, perubahan iklim memberi kesan ke atas kanak-kanak Malaysia dalam pelbagai cara, termasuk penyakit bawaan vektor, penyakit bawaan air dan penyakit pernafasan, yang berkait dengan perubahan iklim, kemerosotan alam sekitar serta pencemaran.

Ianya juga mengakibatkan gangguan kepada akses mendapatkan pendidikan di samping kecederaan dan kematian berpunca daripada banjir dan taufan.

“UNICEF akan terus berganding bahu dengan pihak kerajaan, akademik dan masyarakat bagi menangani isu kemerosotan alam sekitar dan perubahan iklim serta mewujudkan persekitaran yang mampan serta selamat untuk kanak-kanak dan golongan muda di Malaysia, ” katanya, ketika ditemui pada majlis pelancaran ICCC.

Ketua penyelidik Laporan ICCC, Prof Dr Mazrura Sahani pula berkata, salah satu hasil penemuan penting kajian mereka ialah kanak-kanak dalam masyarakat yang terpinggir adalah paling mudah terkesan dengan risiko iklim dan alam sekitar.

Kanak-kanak yang terpinggir itu termasuk daripada masyarakat Orang Asli, mereka yang tidak mempunyai dokumen sah serta miskin bandar.

Turut termasuk dalam kumpulan ini adalah kanak-kanak yang ditinggalkan, tidak didaftarkan semasa dilahirkan atau mempunyai kecacatan.

Dr Mazrura berkata, hasil kajian mereka diperolehi daripada tiga kajian kes dengan latar belakang geografi serta masyarakat yang berbeza.

“Kami memilih dan mengkaji kumpulan minoriti, berdokumen dan tanpa dokumen di Pulau Gaya, Sabah; Orang Asli Temiar yang tinggal di kawasan pergunungan Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak; dan keluarga B40 di Program Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus di Setapak, Kuala Lumpur," katanya.

Menurut beliau lagi, di Pos Kuala Mu, pihaknya mendapati hanya 58 peratus kanak-kanak Orang Asli boleh pergi ke sekolah semasa berlaku keadaan cuaca melampau, yang menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat. Ini kerana pada masa kejadian, satu-satunya akses jalan terputus untuk ibu bapa Orang Asli yang menunggang motosikal untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Malahan, beliau menambah, kanak-kanak berkenaan adalah paling terus terkesan akibat perubahan cuaca kerana kemiskinan serta keadaan sosial serta ekonomi.

Ini ditambah dengan lokasi geografi, kesulitan memperolehi perkhidmatan penting seperti air dan sanitasi dan juga isu buta huruf.

Jurang tadbir urus

Dr Mazrura, yang juga profesor Kesihatan Awam dengan pengkhususan dalam Alam Sekitar dan Epidemiologi Pekerjaan di UKM berkata, Laporan ICCC juga mengetengahkan bukan semua aspek hak kanak-kanak dipertimbangkan secara saksama dalam rangka kerja tadbir urus Malaysia mengenai iklim dan alam sekitar.

Keadaan ini membuatkan sudah sampai masanya untuk semua pihak yang berkepentingan memberi keutamaan untuk bertindak.

"Masalah utama ialah kebanyakan dasar dan undang-undang yang dikaji untuk kajian ini wujud sebelum perubahan iklim menjadi isu global. Sebagai contoh, perubahan iklim tidak disebut secara khusus dalam Akta Tenaga Boleh DiPerbaharui 2011. Akibatnya, isi kandungan tidak selaras dengan ikrar Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Oleh yang demikian, diharapkan Laporan ICCC ini akan membangkitkan seruan untuk campur tangan segera pembuat dasar serta pihak yang berpengaruh untuk mewujudkan dasar perubahan iklim dan alam sekitar yang peka dengan kepentingan kanak-kanak.

“Pada masa ini, undang-undang serta dasar berhubung dengan alam sekitar tidak mengiktiraf kanak-kanak sebagai pemunya hak dan pemegang taruh yang penting, " katanya sambil menambah, jurang ini melemahkan perlindungan untuk kesihatan serta kesejahteraan kanak-kanak dalam berlakunya perubahan iklim.

KESIHATAN KANAK-KANAK TERJEJAS | IKUTI GPSBESTARI DI TWITTER DAN INSTAGRAM

Undang-undang prihatin kanak-kanak

Laporan ICCC mengesyorkan agar satu rangka kerja tadbir urus yang lebih sensitif kanak-kanak diwujudkan dengan memastikan juga supaya undang-undang, dasar dan pelan yang berkaitan secara jelas menangani peranan kanak-kanak serta kesan perubahan iklim ke atas kanak-kanak.

"Hak kanak-kanak untuk mendapatkan persekitaran yang sihat perlu secara sistematik dan

ditafsirkan oleh Perlembagaan dan diintegrasikan dalam udang-undang serta dasar negara,”

kata Dr Mazrura.

Menurut beliau, Laporan ICCC turut mencadangkan langkah untuk memperkukuhkan sektor

pendidikan untuk menjadi pintar iklim sebagai menghadapi impak perubahan iklim.

KESIHATAN KANAK-KANAK TERJEJAS | BACA JUGA : UUM di kedudukan 100 terbaik QS Asia University Rankings 2022

KESIHATAN KANAK-KANAK TERJEJAS | BACA JUGA : RM500,000 untuk Yayasan Didik Negara

“Sebagai contoh, kita boleh mewujudkan inisiatif seperti sekolah pintar iklim dengan

infrastruktur yang kukuh bagi memastikan isu penutupan sekolah dan gangguan pendidikan

apabila berlaku bencana alam dapat diminimumkan, " tambahnya.

Sementara itu, penyelidik bersama Laporan ICCC, Prof Dr Ramzah Dambul dari UMS berkata, pandemik COVID-19 turut mendedahkan hubungan kompleks antara alam sekitar, kesihatan dan ekonomi, berdasarkan banyak kajian.

"Kesan selepas krisis perubahan iklim sewaktu pandemik COVID-19 dilihat sebagai peluang

terbaik untuk sesebuah negara membina semula kelestarian, dengan menempatkan kanak-kanak serta perubahan iklim di tempat teratas agenda.

"Ini mesti dimulai dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana masa ini adalah yang tepat untuk mewujudkan kehidupan yang lebih selamat untuk kanak-kanak pada hari ini dan esok, " katanya.

Laporan ICCC boleh diakses di laman sesawang berikut:

https://www.unicef.org/malaysia/reports/impact-climate-change-children - bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan