270334591_10227077849470695_4371396102485454744_n (1)
270334591_10227077849470695_4371396102485454744_n (1)

“Kita tidak boleh mengajar tanpa panduan” - Guru kongsi penggunaan dokumen DSKP, RPT bagi proses PdP

Adlan Farhan Azwan
03 Jan 2022 04:16pm
A
A
A

Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) merupakan sebuah dokumen mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran bagi membantu untuk memudahkan guru melaksanakan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Setelah rujuk DSKP, cikgu memerlukan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) sebagai perancangan untuk mengajar.

Inilah antara proses perancangan seorang guru bagi memastikan segala pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar serta keberkesanan PdP.

GPSBestari tertarik dengan perkongsian daripada Dima Mazlan Abu Bakar yang merupakan seorang guru bahasa di SMK Paloh, Johor tentang keberkesanan DSKP dalam PdP.

Mari ikuti perkongsian beliau di bawah.

**

Kita tidak boleh mengajar tanpa panduan.

Apabila kita hendak merangka “Catch Up Plan”, kita tidak boleh lari daripada "membedah" DSKP yang menjadi kitab panduan kita untuk melaksanakan pdp. Kita tulis RPH berdasarkan DSKP.

Mula-mula rasa sengsara nak memahami. Rupa-rupanya perkara ini kacang sahaja. Ehhh!

Setiap mata pelajaran berbeza terma dan istilah. Kami cikgu bahasa , fokus utama pdp ialah berkaitan kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, aspek tatabahasa dan aspek seni bahasa.

Cuba buka DSKP. Ada Standard Kandungan. Ada Standard Pembelajaran. Ada Standard Prestasi.

Standard Kandungan ialah apa yang sepatutnya murid tahu dan capai. Kriteria yang jadi perincian kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur disebut sebagai Standard Pembelajaran. Manakala Standard Prestasi merujuk kepada tanda sama ada murid faham atau tidak terhadap apa yang dipelajari. Dalam Standard Prestasi ada Tahap Penguasaan (TP).. TP itu pula berbeza bacaannya mengikut subjek. TP ada enam. TP satu paling rendah.

Ingat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)? Haa, TP inilah yang menjadi nadi dan ukuran pemahaman murid tentang sesuatu topik pdp yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Kalau TP1 tu, hmm...memang murid itu tidak mengusai Standard Pembelajaran yang ditetapkan.

Standard Pembelajaran ada tiga iaitu Kandungan Asas Kurikulum (KAK) (paling asas murid perlu kuasai), Kandungan Tambahan untuk pengukuhan dan Kandungan Pelengkap untuk pengayaan. KAK inilah yang digunakan untuk melihat sejauh mana kandungan asas kurikulum dikuasai oleh murid.

Sesungguhnya DSKP dicipta bukan untuk suka-suka. DSKP dicipta untuk membantu kita merancang, merangka dan melaksanakan pdp dengan berkesan.

Yang menjalankan amanah,

Bakal pencen enam tahun lagi

Sumber: Facebook Dima Mazlan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan