Untitled (13)
Untitled (13)

Lensa Sukan Olimpik Tokyo 2020

webadmin
11 Aug 2021 05:22pm
A
A
A

Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari lalu dalam suasana penuh gilang gemilang.

Kejohanan selama dua minggu yang menampilkan 10 jenis sukan berakhir dengan Malaysia menghantar seramai 30 atlet.

Tahniah kepada Datuk Azizulhasni Awang yang menghadiahkan pingat perak dalam acara keirin, beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berjaya meraih pingat gangsa dan tidak dilupakan atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri yang mendapat tempat ke-4 dalam aksi final acara 3 meter papan anjal wanita.

Tahniah kepada semua atlet negara yang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020!

Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbang pingat gangsa untuk negara.

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Farah Ann pada penampilan sulung Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Atlet renang negara, Welson Sim beraksi dalam acara 200m dan 400m gaya bebas lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Atlet pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias berjaya memperbaharui rekod peribadi terbaiknya dalam saingan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi temasya sukan pertama disertai Syaqiera Mashayikh dan penampilan ketiga di peringkat antarabangsa.

Aksi atlet negara, Lee Hup Wei pada acara lompat tinggi olahraga temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan