Menteri Pendidikan gesa calon SPM 2020 kekal fokus dan tenang
Menteri Pendidikan gesa calon SPM 2020 kekal fokus dan tenang

Menteri Pendidikan gesa calon SPM 2020 kekal fokus dan tenang

webadmin
16 Mar 2021 09:01am
A
A
A

Menteri Kanan pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin  menggesa  calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 supaya kekal fokus dan tenang dalam menghadapi peperiksaan penting itu yang bermula pada 22 Feb lepas.

Radzi, di dalam hantaran di laman Facebook rasminya berkata, calon menduduki peperiksaan mata pelajaran teras terakhir  hari ini - kertas pendidikan Islam dan pendidikan Moral sebelum menghadapi mata pelajaran pilihan.

Ada calon yang mengakhiri SPM mereka minggu hadapan bergantung kepada jumlah keseluruhan mata pelajaran yang diambil, katanya.

Radzi  berkata, beliau menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat semasa lawatannya ke beberapa pusat peperiksaan.

Terdahulu hari semalam, Menteri Pendidikan telah melawat SMK Pusat Bandar Puchong (1). - Bernama

Berikut, hantaran di laman facebook milik beliau,

"Hari ini calon SPM 2020 menduduki mata pelajaran teras yang terakhir, iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.Selepas ini, calon akan menduduki kertas elektif mengikut pakej mata pelajaran masing-masing.Bergantung kepada jumlah mata pelajaran yang diambil, ada calon yang akan selesai menduduki SPM pada minggu hadapan.Pagi tadi, saya bersama Pengarah Lembaga Peperiksaan mengadakan lawatan ke SMK Pusat Bandar Puchong (1) bagi meninjau persediaan sebelum calon menduduki peperiksaan.Tinjauan ke pusat peperiksaan yang kami lakukan di beberapa buah sekolah sebelum ini menunjukkan kepatuhan yang tinggi terhadap SOP yang ditetapkan. Kepada semua calon SPM 2020, perjalanan anak-anak sudah hampir sampai ke penghujungnya. Kekal fokus dan tenang!"

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan