Modul Pengurusan Murid diisi online mulai tahun ini, ibu bapa boleh daftar dan kemaskini sekarang!
Modul Pengurusan Murid diisi online mulai tahun ini, ibu bapa boleh daftar dan kemaskini sekarang!

Modul Pengurusan Murid diisi online mulai tahun ini, ibu bapa boleh daftar dan kemaskini sekarang!

Roshlawaty Md Raieh
29 Jan 2021 11:36am
A
A
A

Modul Pengurusan Murid diisi online mulai tahun ini, ibu bapa boleh daftar dan kemaskini sekarang!

Selain membuat pemantauan anak-anak yang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), ibu bapa dinasihatkan untuk mendaftar sebagai pengguna baru dan mengemas kini data utama anak-anak dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) - Modul Pengurusan Murid (MPM) mulai sekarang.

Pengguna baru dan pengemaskinian MPM yang dilakukan secara online menerusi portal public.moe.gov.my itu bertujuan memastikan maklumat anak-anak dikemaskini sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Terdahulu, pihak sekolah telah mengedarkan Borang Maklumat Murid (BMM) kepada ibu bapa pada setiap awal tahun.

Ibu bapa yang menerima borang tersebut, dikehendaki mengisinya secara manual dan menyerahkan kembali kepada guru untuk proses seterusnya.

Namun, mulai tahun ini, BMM tidak lagi diedarkan secara manual sebaliknya semua ibu bapa perlu mengisi data dikenali sebagai MPM secara dalam talian.  

Bagi ibu bapa yang masih kurang jelas berkenaan cara mengisi MPM ini, GPS Bestari berkongsi satu video berkenaan panduan kepada ibu bapa mendaftar dan mengemaskini dalam modul berkenaan.

Video berdurasi 14 minit 55 saat yang dikendalikan oleh Cikgu Ah Ho itu, akan menerangkan langkah demi langkah bagaimana mengisi MPM.

Seperti dipetik menerusi video berkenaan, tujuan ibu bapa mengisi MPM tersebut adalah:

1) Pengemaskinian maklumat secara online

2) Tiada pengisian maklumat berulang kali

3) Paparan bilangan anak yang bersekolah

4) Maklumat kesihatan anak

5) Pemantauan maklumat oleh ibu bapa/penjaga

6) Capaian boleh melalui mobile (responsif)

Perkongsian video Cikgu Ah Ho ini boleh dilayari menerusi saluran youtube https://youtu.be/Qg9lih4q4F8

Akhir sekali, sekiranya ibu bapa tidak mempunyai peralatan komputer dan akses ke talian internet, mereka boleh menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan menggunakan peralatan komputer dan akses talian internet sekolah atau hadir ke Pusat Internet Desa (PID) yang berhampiran.

Artikel menarik

Belajar tapi masih gagal, Cikgu Ropizam kongsi 9 rahsia tersembunyi pelajar cemerlang

Koleksi topik target Sejarah SPM 2020, Cikgu Samsuri mohon calon hadamkan!





 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan