HomeKomuniti“MRSM tak dapat, SBP tak dapat, nak jadi apa?”, murid kecewa dibandingkan...

Artikel Berkaitan

“MRSM tak dapat, SBP tak dapat, nak jadi apa?”, murid kecewa dibandingkan pencapaian dengan individu lain

Budaya membandingkan pencapaian anak dengan orang lain sudah menjadi kebiasaan buat sekian lama. Kita juga kadangkala pernah menghadapi situasi di mana pencapaian dari segi akademik dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain.

Situasi ini semestinya perlu dielakkan oleh mana-mana golongan yang bergelar ibu bapa kerana ia mampu meruntuhkan moral dan semangat pelajar tersebut untuk terus berusaha dalam meningkatkan pencapaian.

Baru-baru ini tular di laman Twitter apabila satu tangkapan skrin yang dikongsi oleh @sidchan yang menunjukkan luahan perasaan seorang pelajar yang mengadu apabila perbandingan tersebut terjadi pada dirinya.

Baca juga

(VIDEO) Tanda hargai jasa, pelajar lawat ‘rumah baharu’ cikgu

15 tip bentuk anak berguna cara Dr Sheikh Muszaphar, ibu bapa perlu beri perhatian

Menurut tangkapan skrin tersebut, pelajar yang identitinya dirahsiakan itu berasa amat kecewa apabila dia tidak mendapat tempat di mana-mana institusi pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC). 

“MRSM tak dapat, SBP tak dapat, nak jadi apa? Dulu nak masuk TKC, tetapi sekarang satu pun tiada,” kata ibunya itu.

Murid tersebut kemudiannya berkata dia berasa sedih kerana ibu bapa tidak menghargai kegigihannya yang belajar pada setiap malam secara bersendirian di dalam bilik.

Namun, di sebalik perkongsian yang menyayat hati ini, ramai pengguna laman itu mengambil kesempatan untuk memberikan kata-kata semangat buat murid itu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

@hauractiv: Nanti dah masuk alam pekerjaan, baru mereka akan faham, belajar dekat mana, SPM berapa A, masuk universiti mana , CGPA  berapa semua itu tidak penting sebab rezeki itu Allah yg tentukan. Tidak mengapa adik, ibu bapa juga belajar menjadi ibu bapa. Maafkan. Fokus sekarang untuk belajar demi ilmu.

@CikPatinThor: Tidak mengapa, MRSM atau SBP bukan bukan penentu semasa universiti nanti untuk memperoleh keputusan yang baik. Ada seorang budak kampung saya, sekolah biasa sahaja sebab keputusan UPSR dia dahulu rendah, tetapi apabila masuk universiti dalam sarjana muda kejuruteraan mekanikal sentiasa mendapat 3.9, 3.8. Cuma kena banyak bersabar dgn ibu dan ayah.

Sebaiknya, pencapaian anak-anak tidak perlu dibandingkan. Setiap murid mempunyai potensi diri yang berbeza tidak kira di zaman persekolahan, institusi pengajian tinggi (IPT) mahupun alam pekerjaan.

Ibu bapa seharusnya memberi sokongan dan kata-kata semangat yang berterusan kepada anak-anak supaya mereka bermotivasi tinggi untuk melakukan apa-apa perkara dalam kehidupan mereka.

Artikel Terkini