Pelajar cemerlang SPM berat hati sambung belajar cpg cik puan gojes pikul tanggungjawab ketua keluarga selepas kematian ayah
Pelajar cemerlang SPM berat hati sambung belajar cpg cik puan gojes pikul tanggungjawab ketua keluarga selepas kematian ayah

Pelajar cemerlang SPM berat hati sambung belajar

Rasyidah Zulkifi
20 Apr 2022 12:08pm
A
A
A

Baru-baru ini, tular kisah pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak menyambung pengajian tinggi kerana mementingkan keluarganya berbanding keperluan diri.

Video tersebut dirakam guru wanita di laman Facebook dengan nama pengguna Cik Puan Gojes berdurasi 34 saat.

Baca juga

Berjaya bantu pelajar SPM capai kecemerlangan dalam peperiksaan, rupa-rupanya ini yang USM lakukan

Guru ambil sekali lagi SPM, bagi dorongan kepada anak duduki peperiksaan sesi kedua

Difahamkan, pemuda itu telah kematian bapa lalu dia menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM, dia rela mengorbankan masa depannya kerana berpendapat syurga di bawah telapak kaki ibu.

Guru wanita tersebut bertanyakan pemuda berkenaan, “Betul ke awak tak sambung belajar sebab nak jaga mak?,” dia sekadar mengangguk.

Guru itu bertanya lagi, “Kalau diberi peluang untuk sambung belajar, nak tak?,” lalu pemuda berkenaan menjawab dengan nada berat hati, “Ikutkan memang nak tapi keluarga itu lebih penting.

“Sebab tiada siapa nak urus beradik sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai tanda sokongan terhadap usaha pelajar berkenaan, guru wanita tersebut membuka tawaran kepada mana-mana badan ataupun orang persendirian untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Pengguna media sosial, Azrina Zamri, mencadangkan pemuda itu untuk bekerja sambil belajar memandangkan dia merupakan harapan keluarga.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Hasmirah Mira pula kagum dengan ketaatan pelajar berkenaan kepada ibunya dengan mendoakan kejayaan dan kemudahan dalam segala urusan.

Sementara itu, Syafiq Salimzuddin berkata, kehidupan pemuda berkenaan sinonim dengan apa yang dilaluinya.

Menurutnya, dia berat hati seperti pelajar tersebut untuk sambung pengajian tinggi kerana lebih mementingkan keluarga.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan