Untitled design (3)
Untitled design (3)

Pendidikan STEM perlu diberi pendedahan awal

Azleenda Sahaludin
08 Nov 2022 02:31pm
A
A
A

Pendedahan dalam pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu diterapkan dalam kalangan pelajar seawal menengah rendah untuk menarik lebih ramai pelajar menyambung pelajaran dalam bidang ini.

Menurut Guru Panitia Sains, Sekolah Menegah Kebangsaan (LKTP) Jengka 6, Jamilah Idris, pendedahan ini perlu agar ia menjadi pilihan yang seimbang dalam kalangan pelajar terutamanya mereka yang baru memasuki Tingkatan Empat.

“Guru-guru perlu memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan tentang kepentingan serta keseronokkan pendidikan STEM semasa mereka (pelajar) masih di menengah rendah.

“Ini bukan sahaja meliputi kaedah pembelajaran alaf baru, malahan guru juga perlu menekankan kepentingannya agar gaya pemikiran pendidikan ini yang dikatakan susah, dapat dikurangkan,” katanya kepada Sinar Bestari ketika dihubungi, baru-baru ini.

Tambah beliau, guru di sekolah juga perlu lebih kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tanpa berpaksikan buku teks semata-mata.

Jelasnya lagi, ibu bapa juga memainkan peranan penting bagi memupuk minat anak-anak dalam bidang ini dengan memberi dorongan yang sewajarnya kepada mereka.

Antara dorongan yang boleh dilakukan seperti membeli buku yang berasaskan bidang STEM serta menjelaskan tentang kepentingan bidang ini dalam kerjaya masa depan.

Ini sedikit sebanyak dapat memberi impak secara langsung dan mendalam terhadap mereka.

Jamilah Idris, Guru Panitia Sains Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 6

Selain itu, Jamilah turut menyatakan rasa gusarnya terhadap penerimaan pelajar dalam pendidikan STEM yang semakin merosot lebih-lebih lagi laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan pada 2020 menunjukkan hanya 47.18 peratus pelajar peringkat menengah atas di seluruh negara memilih bidang aliran sains.

“Situasi ini perlu ditangani segera dengan pelaksanaan inisiatif yang berstrategik serta penglibatan pihak-pihak yang bertanggungjawab agat dapat melahirkan lebih ramai bakat dalam bidang STEM.

"Ini juga adalah untuk membantu proses pembangunan dan kemajuan negara di samping menjamin masa depan yang cerah,” tuturnya mengakhiri perbualan.

Artikel berkaitan

Seminar STEM disertai 24 ahli akademik, jadikan platform bentang hasil kajian

Kejayaan pembudayaan STEM di sekolah luar bandar, Cikgu Anuthra dinobatkan pemenang Malaysia Teacher Prize 2022

Projek perkasa STEM, guru Kimia lahirkan ahli paleontologi muda.. Cari fosil haiwan purba


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan