nguyen-dang-hoang-nhu-qDgTQOYk6B8-unsplash
nguyen-dang-hoang-nhu-qDgTQOYk6B8-unsplash

Pentaksiran Setara Standard kini sedang berjalan, ini info penting yang patut mak ayah tahu!

Roshlawaty Md Raieh
25 Nov 2021 11:28am
A
A
A

Kebanyakan sekolah sedang melaksanakan Pentaksiran Setara Standard (PSS) bagi murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima.

Ada yang bermula seawal 21 November lalu dan dijangka berakhir 3 Disember manakala ada sesetengah sekolah, pentaksirannya akan tamat hujung November ini, bergantung kepada jadual sekolah masing-masing.

Dalam konteks ini, terdapat segelintir ibu bapa dan penjaga tidak memahami secara mendalam mengenai PSS.

Kenapa perlu diadakan pentaksiran sebegitu dan tujuannya untuk menilai tentang apa.

Bagi merungkai semua persoalan, GPSBestari kongsikan serba sedikit tentang PSS untuk makluman bersama.

Diharapkan dengan maklumat yang dikongsi ini, dapat memberi kefahaman kepada murid, ibu bapa dan penjaga mengenai pentaksiran tersebut.

Baca juga Awasi penggunaan telefon anak-anak, elak jadi mangsa paedophile

Baca juga Guru dan murid hebat berinovasi

*****

1) Apa itu PSS?

PSS adalah Pentaksiran Sumatif dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dilaksanakan menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang setara standardnya.

2) Apa itu Pentaksiran Sumatif

Pentaksiran Sumatif ialah satu bentuk ujian formal bagi mengesan tahap pencapaian murid dalam satu tahap persekolahan. Dengan kata lain, ia adalah peperiksaan bertulis dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut kesesuaian.

3) Standard JSU yang digunakan?

Item soalan yang dibina haruslah mengikut justifikasi JSU iaitu merangkumi 5:3:2, di mana

5: aras rendah

3: aras sederhana

2: aras tinggi.

4) Tujuan PSS dilaksanakan

Untuk melihat tahap penguasaan murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dalam semua mata pelajaran setelah melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta persekolahan secara penggiliran pada tahun 2021.

Hal ini membolehkan pihak merancang ‘catch up plan’ untuk murid apabila mereka kembali ke sekolah pada tahun 2022 sebelum melanjutkan pembelajaran ke peringkat seterusnya.

5) Siapa yang mengurus PSS?

Pihak sekolah perlu mengurus PSS yang merangkumi JSU, pembinaan item (soalan), jadual waktu pentaksiran dan lain-lain.

6) Kaedah PSS yang boleh digunakan

Sekolah diberi kebebasan untuk memilih mekanisma pentaksiran yang sesuai untuk sekolah masing-masing dengan memastikan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran.

7) Siapa yang menyediakan dan memeriksa instrument PSS?

Semua guru mata pelajaran teras dan elektif bertanggungjawab menyediakan instrument (kertas soalan) berdasarkan JSU dan menyemak jawapan murid.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

8) Siapa yang terlibat dengan PSS?

Murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

9) PSS bagi murid Tahap Satu

PSS bagi murid Tahap Satu adalah semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mengikut mata pelajaran.

10) Tarikh pelaksanaan PSS

Mengikut kesesuaian pihak sekolah mulai 21 November sehingga 3 Disember ini

11) Adakah pelaksanaan PSS perlu direkod?

Perekodan markah bergantung kepada pihak sekolah. Pihak sekolah perlu memastikan rekod markah pencapaian pentaksiran ini mudah diakses dan dianalisis.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan