Penting untuk golongan pelajar ketahui sejarah Malaysia

Mohd Khairi Mohamad YusriMohd Khairi Mohamad Yusri
01 Sep 2021 09:39pm

Semalam, negara kita menyambut kemerdekaan yang ke - 64.

Kemerdekaan ini bukan mudah, banyak pengorbanan yang dibuat oleh generasi terdahulu agar kita dapat menikmati keamanan pada masa kini.

Sebenarnya, sejarah Malaysia bukanlah bermula dari tanggal 31 Ogos 1957, ataupun baru bermula sejak 100 tahun dahulu. Tetapi ia adalah lebih lama dari itu, iaitu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Jadi, jom ikuti sejarah ringkas negara kita di bawah, supaya kita dapat bersama-sama menghayati dan meningkatkan lagi semangat patriotik.

*

Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada zaman kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana pemimpin yang berwibawa, sistem pentadbiran dan pemerintahan yang cekap di samping kedudukannya yang strategik berada di titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat.

Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.

British telah campur tangan dalam semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah antaranya di beberapa buah negeri seperti Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dhoby dan beberapa tokoh yang lain.

Pada era 1920-an dan 1930-an, kebanyakan nasionalisme, kesedaran politik dan pembangunan negara penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme.

Baca juga: PPV UTeM mula beroperasi, manfaatkan 2,500 penerima vaksin

Baca juga:Profesion perguruan jadi pilihan ramai, tapi anda kena tahu 5 perkara ini sebelum memohon

Mereka menggunakan media cetak seperti akhbar, majalah, cerpen dan novel untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri. Kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 hingga 15 Februari 1942 menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, Jepun yang menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 menyerah kalah ekoran pengeboman bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.

Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah melancarkan serangan menguasai Tanah Melayu melalui kekerasan, pembunuhan tiga orang pengurus peladang getah Eropah di Sungai Siput, Perak.

Lantaran itu, pada bulan Jun 1948, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) atau BMA adalah antara akhir Perang Dunia II dan Penubuhan Malayan Union. Pada 1 April 1946, British menubuhkan Malayan Union. Walau bagaimanapun, gagasan ini mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana penghapusan institusi diraja dan hak keistimewaan orang-orang Melayu.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaikkan semangat perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan pada 1952 mula membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir

sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Sekembalinya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari London, Tunku telah membuat pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah

Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan penggabungan lima buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei untuk membentuk sebuah negara yang baharu.

Pada 9 Julai 1963, wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,

Sarawak dan Singapura kecuali Brunei disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

 

Sumber: Malaysia (Jabatan Penerangan Malaysia)

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan