Perbincangan Meja Bulat babitkan 60 peserta, bincang keperluan terkini Kurikulum Asuhan Permata
Perbincangan Meja Bulat babitkan 60 peserta, bincang keperluan terkini Kurikulum Asuhan Permata

Perbincangan Meja Bulat babitkan 60 peserta, bincang keperluan terkini Kurikulum Asuhan Permata

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
29 Aug 2022 05:31pm

Seramai 60 peserta yang terdiri daripada penyelidik dan 18 agensi kerajaan serta swasta menghadiri siri Perbincangan Meja Bulat bersama Agensi Serta Pelaksana Kurikulum Asuhan Permata (KAP) di Eastin Hotel, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian Pendidikan (KPM) Malaysia; Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional; Jurulatih KAP, Childline Foundation; Persatuan Down Sindrom; Persatuan Dyxlexia Malaysia; Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD); penyelidik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan ramai lagi.

Program yang julung kali diadakan itu dianjurkan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (National Child Development Research Centre - NCDRC), UPSI, bertujuan memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak normal dan bekeperluan khas di peringkat asuhan.

Selain itu, perbincangan meja bulat ini juga dapat mengenal pasti keperluan dan penambahbaikan KAP sedia ada yang sudah melebihi lima tahun kewujudannya.

Penyelaras Penerbitan dan Jaringan Industri dan Komuniti, NCDRC UPSI, Profesor Madya Dr Abdul Halim Masnan berkata, dengan mengambil kira Pendidikan Berkualiti yang dicadangkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals), perjumpaan meja bulat ini juga dapat memurnikan lagi keperluan terkini KAP kepada pengasuh, pengamal, ibu bapa dan komuniti di Malaysia dalam usaha memartabatkan pendidikan asuhan di Malaysia.

INFO

  • Kurikulum merupakan antara elemen terpenting dalam aspirasi pendidikan negara. Kurikulum menjadi teras bagi perancangan, implementasi, penilaian dan pengelolaan program pendidikan.
  • Berdasarkan perkara ini, Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan yang menggabungkan aspek asuhan dan didikan telah diwujudkan pada tahun 2008 bagi menyokong pelaksanaan Program GENIUS Negara.
  • Pengisian kurikulum ini telah digubal merangkumi aspek didikan melibatkan enam bidang perkembangan iaitu perkembangan fizikal; perkembangan awal matematik dan pemikiran logik; perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran; perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal; perkembangan kreativiti dan estetika; serta perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian.
  • Bagi aspek asuhan pula, ia meliputi elemen keselamatan; pemakanan seimbang; penjagaan bayi dan kanak-kanak serta amalan pengasuhan.
  • Mulai 2009, Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan telah diperluaskan ke semua taska kerajaan pada 24 Oktober 2008.
  • Selain itu, bagi menyediakan para pendidik untuk Program GENIUS Negara di Pusat Anak GENIUS Negara yang berkebolehan untuk Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak, satu modul khusus dinamakan Modul Kursus Asuhan Permata (KAP) telah dibangunkan dengan menggunakan elemen dalam Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan bagi melatih pendidik dalam aspek sikap, kemahiran dan pengetahuan berterusan.
  • Modul KAP juga telah disesuaikan dengan elemen asuhan yang terkandung dalam Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang dibina JKM sebelum Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan dibentuk, untuk pengendali dan pengasuh taska swasta yang berdaftar di bawah JKM.
  • Mulai 2013, setiap pengendali dan pengasuh taska yang berdaftar di JKM juga telah diwajibkan untuk mengikuti latihan Modul KAP sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan TASKA 2012.
  • Kali terakhir Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan ditambah baik adalah pada 2013.
  • Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Inovasi, NCDRC, Profesor Madya Dr Norazilawati Abdullah berkata, setelah sembilan tahun, kini tiba masanya, kurikulum ini disemak semula untuk penambahbaikan yang perlu mengambil kira konteks amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak ketika ini.
  • Selain itu, menerusi kajian ini juga, perbandingan dan penyetaraan kandungan Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA dengan kurikulum kursus major Standard Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di universiti dan kolej turut dilakukan bagi menyediakan graduan yang bersedia memasuki pasaran kerja.

Artikel berkaitan 

Bahana mengejar KPI, kompetensi dan profesionalisme pensyarah terjejas

Masa depan ragbi wanita UPSI dan UM cerah

SMK Agama Miri perkasa program keagamaan, tawar pelbagai khidmat untuk komuniti


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan