258743291_10159724594934828_8198502561646932621_n
258743291_10159724594934828_8198502561646932621_n

Pesta Buku Selangor di Shah Alam, peluang menangi wang tunai RM500 setiap hari

Adlan Farhan Azwan
24 Nov 2021 11:52am
A
A
A

Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Pesta Buku Selangor 2021 yang diadakan di Shah Alam bermula pada 2 Disember 2021 sehingga 12 Disember 2021.

Bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Pesta Buku Selangor 2021 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bermula pada pukul 10 pagi sehingga 9 malam. Bagi hari Jumaat dan Sabtu pula dilanjutkan sehingga 10 malam.

Pesta Buku Selangor kali ini amat menarik kerana pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti yang akan memperkaya minda dan hati, di samping reruai jualan buku dengan diskaun yang menarik.

Pengunjung juga berpeluang menjadi salah seorang daripada sembilan pemenang cabutan bertuah wang tunai RM500 setiap hari sepanjang tempoh pesta diadakan.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh melayari laman web rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di https://www.ppas.gov.my/

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan